Salam 1 Malaysia
Assalamualaikum....
Ketika berada di jalanraya kita haruslah memilih jalan,arah yang betul ketika kita ingin ke sesuatu destinasi...lorong,arah dan jalan yang betul tu akan menentukan kebenaran yang akan kita pilih...pilihlah lorong yang perlu dan betul untuk kita ikuti kerana lorong itulah arah sebenar menuju destinasi hala tuju kita...

berada di jalanraya ini adalah seperti perumpamaan perjalanan hidup kita ini juga..pilihlah lorong yang sepatutnya kita ikuti janganlah kita mengikuti lorong yang salah kerana ianya akan membawa banyak kesusahannya...banyak halangannya jika kita tersilap langkah pasti akan ada cerita yang membawa kesedihan,kehilangan dan kesengsaraan pada diri kita juga ahli keluarga kita...


Setiap pilihan lorong dijalanraya itu juga adalah umpama kehidupan kita di alam nyata ini...jika kita tersilap memilih lorong pasti akan membawa kita ke jalan yang salah dan kita akan terpaksa mencari jalan untuk berpatah balik untuk menuju arah yang betul semula....

jika ada peluang untuk kita mencari jalan untuk membolehkan kita berpatah balik bersyukurlah tapi jika sebaliknya memang seterusnyalah kita berada di dalam kesesatan..
Oleh itu setiap perkara di dalam hidup kita ini perlulah diambil kira dari semua sudut agar kita tidak terpilh jalan yang salah dan berada di dalam kesesatan selama-lamanya....


pilihlah jalan yang benar2 akan membawa kita ke destinasi yang sememangnya arah tuju kita...bersyukurlah jika kita telah berjaya mengikuti jalan yang sebenarnya dan ikutilah jalan itu sebaik2nya agar setiap masa kita menjalani kehidupan ini akan sentiasa diberkati..

Ingatlah setiap jalan yang kita telah pilih itu haruslah kita hadapinya walaupun banyak rintangannya dan halangan yang bakal mendatang tidak kira dalam keadaan senang ataupun sebaliknya...semua pilihan kita itu terletak di dalam tangan kita sendiri dan kita jualah yang akan mencorakkan kehidupan kita di masa hadapan...buatlah pilihan yang bijak demi kesejahteraan hidup kita semuanya terletak ditangan kita sendiri...InshaAllah