SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

Selepas keluar dari Plaza Angsana kami sekeluarga ke Tesco Extra Plentong pula sebabnya anak mama nak mencari bahan-bahan untuk membuat kek pelanginya pula...ikutkanlah juga walaupun kaki ni dah terasa kepenatan sesangat...

sori la yer kekawan gambar pun kabur tu..


silap masuk pula ! ada ke ikut pintu keluar bukan pintu masuk nyer...masuk jer la malas nak ke pintu entrance nyer jauh...


dah sampai ke tempat bahan-bahan untuk membuat kek pilih jer mana yang diperlukan...


anak mama tengah dok cari bahan-bahan yang perlu dan yang hendak digunakan saja..yang tak perlu tak payah beli...boleh elakkan pembaziran tu... 


dua-dua beradik ni dah penat dan dah malas nak menunggu alongnya memilih barang-barang tu...bukan nak tolong along carikan barang2 tu tapi dok tunggu kat situ jer...


walaupun dah penat kaki tu masih boleh lagi nak pusing-pusing dalam pasaraya tu...nasib baik mama pergi masa hari bekerja orang pun kurang di pasaraya ni...tu sebab lengang jer pasaraya tu...


jalan-jalan keseluruhan pasaraya tu walaupun tak ada apa barang yang perlu dibeli...cuma sekarang sales untuk perayaan tahun baru cina...


kesian Awisy muka dah nampak keletihan jer sekejap bangun sekejap tidur itulah kerjanya...bila dah letih nak letakkan kat stroller pun dah tak nak lagi...kenalah aunty yang mendokongnya pula yer...


along pun dah keletihan muka pun dah semacam jer...cepat-cepat pi bayar semua barang-barang yang dibeli tu..semuanya dah kepenatan la tu...


akhirnya selesai sudah dan dah sampai penghujungnya iaitu kaunter pembayaran..pekerja Tesco tu pun macam malas jer nak buat kerjakan...