SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Pernah ke tidak kekawan berada di dalam keadaan yang mengharuskan kita membuat pilihan...diberikan dua pilihan itu untuk memilih mana pilihan yang benar-benar kita sukai..memang terlalu sukar jika kita berada di dalam situasi atau keadaan beginikan..oleh itu apakah perkara yang perlu kita lakukan seterusnya.. 

Jika pilihan dalam menentukan jodoh itu kekadang membuatkan kita dalam keadaan serba salah memandangkan kedua-dua pilihan kita itu sememangnya baik dan sempurna..apa akan kita lakukan jika kita masih tidak tahu siapakah yang mana harus kita pilih..?


bagi kita umat islam cara yang paling terbaik adalah dengan mengerjakan solat istikharah..moga dengan berbuat begitu Allah akan memberikan pertunjuk yang mana satu pilihan atau jodoh yang benar-benar sesuai dengan kita.. semoga dengan bersolat istikharah itu akan lebih memudahkan kita membuat pilihan yang sebenarnya...

sebenarnya itu semua terpulanglah pada jodoh dan kata hati kita sendiri samada nak memilih pilihan kita yang mana satu..jika masalah bab-bab jodoh ini memang kena buat pilihan yang sebaik-baiknya kerana pasangan yang akan kita pilih itu nanti akan menjalani kehidupan seumur hidupnya bersama-sama kita..

 oleh itu pilihlah pasangan yang benar-benar menepati kehendak hati kita kerana jika tersilap langkah pilihan itu pasti hidup kita juga yang akan merana seumur hidup ini... pilihlah dengan berhati-hati yer agar pilihan kita itu akan membuat hidup kita benar-benar bahagia nanti..