SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..

"Happiest Country"memang bestkan kalau negara kita ada tersenarai sebagai salah satu negara yang paling happy di dunia...ini adalah kajian yang telah dilakukan oleh salah satu syarikat antarabangsa Gallup.

 Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam ranking yang ke 11..pengundian ini telah dilakukan dan hasilnya telah diterjemahkan melalui penilaian terhadap emosi positif penduduk di 148 negara dan kawasan.

Malaysia telah berkongsi kedudukan ke 11 dengan Kanada,Colombia,Belanda dan Ireland dengan respon positif sebanyak 80% untuk 5 soalan serius.Manakala Panama dan Paraguay terikat bersama dikedudukan pertama dengan 85%.

Singapura merupakan negara yang paling tidak happy dengan mengutip 46% sementara Thailand dan Filipina berada dikedudukan ke 6 dengan 83% dan ke 8 dengan 82%. 

Gallup, menerusi panggilan telefon dan temubual secara terus, telah menanyakan kepada lebih 1000 orang dewasa yang berumur 15 tahun ke atas di setiap negara dengan soalan-soalan seperti:
  1. Adakah anda berasa lebih dihormati semalam?
  1. Adakah anda dilayan dengan hormat sepanjang hari semalam?
  1. Adakah anda senyum atau ketawa banyak semalam? Adakah anda berjaya belajar atau melakukan sesuatu yang menarik semalam?
  1. Adakah anda mengalami sebarang perasaan sepanjang hari semalam?
  1. Adakah anda gembira menikmati? 
Di seluruh dunia 85% orang dewasa merasakan mereka gembira tersenyum dan ketawa, 73% pula merasai keterujaan sepanjang hari dan 72% akan merasakan mereka lebih relaks.walaubagaimana pun hanya 43% yang mengalami atau melakukan sesuatu yang menarik pada hari sebelumnya.

sumber info - my.news.yahoo.com