SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Dulu semalam mama dan hubby pergi menemani anak-anak pergi ke Outlet Al-Ikhsan di Taman Universiti...tujuan kami ke sana adalah kerana anak mama ingin mencari kasut sukan untuk kegunaan beliau nanti... 


Di outlet ini selalunya memang ada jualan murah dan banyak jugalah kasut-kasut sport berjenama yang dijual dengan harga yang berpatutan...



Ramai juga pelanggan yang datang membeli pada hari itu penuh sesak juga la kedai tu tapi mama hanya ambil gambar tempat yang kurang ramai orang...malu nak snap sebenarnya...


tengoklah dua beranak ni sibuk memilih kasut yang mana berkenan di hati...mama jadi pemerhati dan tukang ambil gambar jer...


mula-mula berkenan dengan kasut yang ini dan harga biasanya adalah dalam seratus lebih kalau tak silap mama la ! tak ingat pula mama harga sebenarnya tapi bila dah ditolak dengan diskaun harganya dah tinggal hanya RM 55 sahaja...last-last sekali lain pula yang jadi pilihannya......


dalam dok pilih-pilih tu terpandanglah yang lebih cantik lagi ! test lagi pastu dah jadi banyak kasut kat atas tu...last-last sekali dah tak tahu nak pilih yang mana satu...dah banyak2 kasut tu semuanya dah jadi cantik ! mata pun dah jadi rambang nak pilih...


Bila dah ada yang berkenan di hati tu terus amik dan bayar terus di kaunter kalau dok pilih-pilih lagi memang sampai esok pun tak terpilih kasut yang berkenan tu...inilah tukang bayarnya anak mama sendiri hehehee... 


inilah dia kasut yang menjadi pilihan di hati anak-anak dara mama tu...yang hitam tu adik punyer dan yang putih pink tu anak mama yang bongsu punyer...sebenarnya mama pun dapat juga satu barang juga ! seronoknya ada orang nak belikan apa lagi sambar jer la beg Umbro yang kat belakang tu..nak tahu berapa harga beg tu tak? nantilah mama bagitahu di n3 seterusnya atau mama adakan segmen teka harganya yer...tunggu n3 seterusnya tau...