Assalamualaikum....
Pada ibu-ibu yang mempunyai anak kecil pasti akan menjadi risau bila anak mereka mengalami ruam lampin ini...sebenarnya masalah ruam lampin ini kerap berlaku bila kita lambat menukar diapers atau lampin yang digunakan pada anak-anak kita...ianya akan timbul ruam atau bintil-bintil merah pada kulit punggung dan sekitar lampin.
Ruam lampin ini mesti segera di rawat jika tidak ianya akan merebak dan menyebabkan masalah serius seperti berikut yang mana ianya memerlukan rawatan dengan segera..
1-Akan timbul kulit bersisik,lepuh atau ulser di sekitar lampin
2-Demam tinggi apabila ruam dijangkiti bakteria atau fungus
3-Pada bayi lelaki kemaluannya akan menjadi bengkak dan merah
Untuk menghilangkan masalah ruam lampin ini eloklah kita menggunakan produk Krim Nappy Rash Pureen atau krim ruam lampin pureen ini boleh mencegah,merawat dan melegakan ruam lampin dengan tiga cara..
1-Dua jenis antiseptik yang bersifat lembut dan berkesan untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan ruam lampin serta mencegah jangkitan yang berterusan.
2-Zinc Oxida membentuk satu lapisan perlindungan pada kulit bayi untuk melindungi kulit daripada lembapan dan iritasi kimia berpunca dari najisnya.
3-Ketebalan tekstur membolehkan ketahanan lebih lama pada kulit bayi anda untuk rawatan yang lebih berkesan dan perlindungan yang lebih berkekalan terutamanya pada waktu tidur.
Bagi mengelakkan masalah ruam lampin ini kita bolehlah memastikan punggung bayi kita sentiasa kering dan mempunyai pengudaraan yang baik.Jadi sebelum timbul sebarang tanda ruam lampin atau sebaik saja anda dapat mengesan sebarang tanda ruam lampin,kita haruslah mengamalkan rutin mudah dan menggunakan lampin berkualiti yang mempunyai penyerapan dan pengudaraan yang baik.
Krim ruam lampin pureen ini juga sesuai untuk mencegah,merawat dan melegakan ruam lampin,ruam lelehan dan ruam susu..krim ini juga mengandungi pelindungan 3 kali ganda daripada ruam lampin sebab krim ini mengandungi :
1-Cetrimide 0.2%
Menangani bakteria-bakteria yang menyebabkan ruam lampin
2-Benzalkonium klorida 0.02%
Melindungi bayi daripada jangkitan sekunder
3-Zink Oksida
Melegakan ruam lampin dan ianya juga membentukkan perlindungan di atas kulit.
18 Comments
utk ruam lampin, boleh guna minyak masak yg baru atau bedak beras (beras yg diblendkan dan dicampurkan dgn bedak). saya dah amalkan utk anak2 saya. petua ni dari bidan saya :)
ReplyDeleteSue kena sapu d tpt beruam tu?
Deletepernah guna...hehehe...utk adik la...
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletetima kasih kak mas share tentang ni :)
sy guna krim calamine je kalau ada tanda2 nak naik ruam tu biasanya bila lambat tukar diapers..
ReplyDeleteterima kasih mama sebab berkongsi ni...hehehe.. tak sabar nak ada anak..
ReplyDeleteteringat bedak dalam kotak bulat warna hijau duk letak kat lampin.mcm jenama yang sama dengan krim tu
ReplyDeleteInfo yg berguna utk ibu2 muda Kat luar sana ni mas..ingat LG zaman ank kecik2 dulu..ada jg problem ni..
ReplyDeleteruam lampin ni kalau kena kat baby memang kena cepat3x berubat.... kalau tak memang rabak la mata mak bapak dia sebab baby merengek tgh mlm.... heee3x
ReplyDeletebagus mama.....
ReplyDeleteleh buat panduan utk semua ibu ibu.......
Teett. Bookmark.
ReplyDeleteoh,boleh bgtau kt adik sy ni..anak dia pun ada masalah ni :)
ReplyDeletemasa anak pertama dulu saya guna yg pureen ni..lepas tu kurang berkesan..saya beli ezerra..ok sikit..tapi skang ni saya guna allano lotion je..nyamuk, ruam, gatal semua guna tu..senang..10 kegunaan dalam 1..hehehe..
ReplyDeleteruam lampin ni takleh dipandang remeh kan mama.
ReplyDeletebby sy umo 1thn 2bln br hrni kne ruam lampin..sgt teruk.blh guna mnyk masak jgk ke??
ReplyDeleteSAYA ADA MENJUAL PRODUK UNTUK MENJAGA DAN MERAWAT KULIT KHUSUSNYA PADA BAYI DAN KANAK2..PRODUK KELUARAN TROPIKA.......MEMANG BERKESAN UNTUK KETERANGAN LANJUT HUBUNGI SAYA 0138895363 OR PACEBOOK PENGEDAR PRODUK TROPIKA SABAH
ReplyDeleteSalam semua. Saya ada hasilkan krim yang telah terbukti berkesan untuk ruam lampin. Disapu terasa sejuk saja, hilang rasa gatal-gatal, pedih yang tidak menyenangkan dan tidak melia atau menanah. Ia disapu ke bahagian ruam secara nipis saja seperti pakai bedak sejuk. Sangat bagus terutama selepas mandikan budak. Ia dapat percepat menghilangkan ruam dan menghindar dari ruam baru terjadi.
ReplyDeleteUntuk mandian sebagai mencuci kulit badan dan pencegahan, sabun Mutiara Bumi telah dikeluarkan juga. Ia lembut untuk kulit.
Hubungi saya untuk mencubanya. Jenama Krim Mutiara Bumi (berat ¬100gm) , harganya cuma 12.00 saja dan Sabun Mutiara (berat ¬100gm) harganya RM6.00 saja. Kos pos laju RM6.00 1ke4 kotak (semua <500gm). Cubalah satu dan baik simpan 1 di rumah untuk rawatan ruam lampin dan sakit2 kulit yang lain sebagai rawatan awal. Untuk pesanan sila hubungi..Hj Man 0134389413..T kaseh
ReplyDeleteBagi merawat ruam lampin, ada satu petua yang boleh kita amalkan. Untuk pengetahuan semua, ruam lampin disebabkan oleh alahan kulit kepada keasidan air kencing atau bahan-bahan yang terkandung di dalam pamper. Untuk mengelak masalah ini, bayi tidak galakkan memakai pampers, sebaliknya pemakaian lampin kain sangat dialu-alukan kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia. Lampin kain yang telah basah, sebelum dicuci kita bolehlah meneutralkan asid yang terkandung di dalam lampin kain dengan merendamkannya di dalam air cuka yang telah di cairkan selama 5-10 minit sebelum dibasuh. Insya Allah kesannya lebih efektif.
Post a Comment