SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Hari ni mama nak berkongsi dengan kekawan bagaimana kita ingin mengetahui tanda-tanda kita keguguran.Beberapa hari lepas ada mama terbaca di blog seorang kawan mama di alam maya ini tentang kegusaran dia dan pertanyaannya tentang tanda-tanda keguguran ini.Jomlah kita lihat dan kita share apa tanda-tandanya yer...

1-Sakit
Kita mungkin mengalami kekejangan pada pelvis,sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang.Sakit itu akan berterusan hingga beberapa hari sebelum dan selepas pendarahan terjadi.Kekejangan yang kuat boleh menjadi satu tanda keguguran.

2-Pendarahan
Pendarahan faraj yang mungkin bertompok-tompok atau banyak yang menjadi kerap dan sekali sekala.Pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran tetapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.

3-Kehilangan tanda kehamilan
Jika badan kita terasa kembali normal dimana tanda kehamilan seperti mabuk hamil,keletihan,sakit belakang telah hilang.Ia kemungkinantahap hormon telah jatuh dimana hormon tersebut tidak lagi mengekalkan kehamilan apabila semua tanda kehamilan telah hilang.

4-Tiada denyutan jantung bayi
Denyutan jantung bayi biasanya boleh dikesan melalui ultrasound scan.Jika denyutan jantung bayi tidak boleh dikesan ia mungkin menjadi satu tanda bahawa bayi telah mati dan tidak berkembang.

5-Tiada pergerakan janin
kita haruslah sentiasa memerhati corak pergerakan bayi sepanjang hari dimana dimana bayi anda mempunyai tempoh waktu tidur,kadang-kadang ia berkekalan selama 4 jam.Walaubagaimanapun tempoh ini tidak boleh melebihi 4 jam jumpa doktor sekiranya tidak boleh merasa atau kurang pergerakan bayi.Pergerakan bayi hanya boleh dirasa dalam antara minggu ke 18 dan minggu ke 24.

6-Sakit belakang
Kadang-kadang ibu hamil akan berasa kekejangan sakit belakang dan ketidakselesaan akan tetapi kesakitan yang tajam dan kerap mungkin merupakan kontraksi dan isyarat awal tanda keguguran.

7-Ujian positif kemudian bertukar kepada negatif 
Jika ujian diambil pada dua pagi berturut-turut dimana hari pertama mendapat ujian positif dan kembali kepada negatif pada hari kedua,ia bukan saja menjadi tanda keguguran ia mungkin juga menjadi tanda kehamilan luar rahim ektopik.

8-Serviks terbuka
Dalam kehamilan yang sihat dan normal serviks biasanya kekal tertutup rapat sehingga beberapa minggu sebelum kelahiran bayi.Jika servik terbuka dalam tempoh beberapa minggu pertama kehamilan risiko keguguran adalah agak tinggi.

9-Lelehan faraj
Jika darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj kemungkinan keguguran sudah terjadi.

10-Paras hormon hCG jatuh
Badan perlu mengekalkan tahap hormon untuk mengekalkan kehamilan,Jika tahap hCG jatuh pada tahap awal kehamilan risiko keguguran adalah sangat tinggi.