SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
.
Rasa macam dah lama tak lawat blog ni padahal baru dua hari jer mama tinggalkan sebab kesibukan masa sekarang ni....dari pagi dah mula rutin seperti biasa cuma tambahan sikit rutin lain yang baru kerana ada baby dan anak mama pun sedang dalam masa berpantang... 

Tadi kekawan anak mama semasa dia belajar di Politeknik dulu hadir ke rumah sambil beraya sambil melawat baby baru tu...lama juga la mereka dok singgah di sini berbual-bual kisah melahirkan dan kisah semasa belajar dulu...

tiada juadah yang berat pun dapat mama hidangkan hanya mee goreng biasa saja...kesian mereka makan tengahari hanya mee goreng biasa saja tapi tak kisah la janji dapat juga mama jamukan sesuatu buat mereka....

inilah dia kekawan anak mama dari kanan ecah,anak mama ain,ana dan safura...

melayan kekawan yang datang ke rumah...