SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Macam-macam hal sekarang ni kalau dah gaduh memang susah nak baik pula..bila dah jumpa masa raya macam ni mulalah bermaaf2an sesama sendiri...alhamdullilah la dah berbaik dalam bulan yang mulia ni...siapa yang tahu mereka dah berbaik-baik di hari raya macam ni pasti seronok tapi ada juga masalahnya lepas tu...terkejutkan kalau ada terjumpa masalah yang begini semasa kita dok sibuk beraya...

baru lepas bermaaf-maafan je dah mula gaduh semula memang pening sedara mara dan rakan-rakan sekeliling memandang...boleh plak macam tu ! ada je yang tak kena...masing-masing keras kepala n keras hati betul tak nak beralah langsung akhirnya masing-masing balik dengan perasaan marah...

susah betul nak cakap atau nak nasihatkan orang yang macam ni feelnya...nasib baik keluarga mama tak ada yang bersikap begini tapi kalau ada memang parahlah jadinya....kenalah masing-masing mengawal feel sendiri di hari raya.. semoga kita semua dapat beraya dengan perasaan yang ceria dan gembira tanpa ada rasa perasaan marah pada sesiapa...

marilah kita bermaaf-maafan di dalam bulan Syawal yang mulia ini janganlah setiap kemarahan yang lalu masih ada tersimpan di hati kita... buanglah semua keegoan dan kedegilan kita agar kita dapat beraya sesama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana yang harmoni InsyaAllah..