SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum....


Peristiwa Nuzul al-Quran, turunnya ayat al-Quran yang pertama kepada Nabi Muhammad SAW seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda sedang beribadat di Gua Hira.

Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW, maka ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Firman Allah SWT:
“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan perbezaan (antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Menurut Imam al-Qurthubi, ayat ini menjelaskan Allah SWT menurunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk dan penjelasan bagi umat manusia, membuat aturan kehidupan dan membina peradaban supaya menjadi umat yang dapat membezakan antara halal dan haram, kebenaran dan kebatilan.

Al-Quran dimanfaatkan sebagai sumber saintifik dengan mengajak manusia berfikir dan mengkaji alam semesta termasuk diri sendiri. Kajian demi kajian dilakukan manusia zaman moden membuktikan wujudnya pencipta kepada alam ini iaitu Allah SWT. 

p/s sumber Blog Tok Wan