SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...

Mengajar anak-anak kecil berpuasa ni memang bagus...sekurang-kurangnya melatih mereka dari mula agar mereka akan faham apa itu puasa...kita boleh melatih anak-anak dari usia 4-5 tahun dan bagi permulaannya biarlah separuh hari jika mereka benar tak larat nanti lama kelamaan barulah kita lihat samada mereka boleh di biarkan hingga ke waktu berbuka puasa...

pendedahan awal lebih baik dan tanamkan perasaan itu dalam minda anak-anak tentang keseronokkan dan kebaikan berpuasa ini..pastikan anak-anak mendapat makanan yang seimbang ajar mereka dan kejutkan meraka juga untuk bersahur bersama-sama...

disini ada juga tips untuk mengajar anak-anak berpuasa
1- Hidangkan makanan yang digemari anak ketika berbuka puasa
2-Walau pun anak mengeluh mengantuk kejutkan mereka untuk bersahur.Kreatiflah untuk menjadikan waktu sahur menyeronokkan untuk mereka.
3-Di siang hari jangan biarkan anak terlalu aktif bermain kerana ini akan memenatkan mereka.
4-Jangan biarkan anak yang masih kecil makan di hadapan anak-anak yang sedang berpuasa.
5-Kurangkan menonton televisyen kerana ada banyak iklan makanan yang mungkin boleh menggugat keimanan mereka.
6-Jangan terlalu memaksa anak jika mereka masih kecil jika pada waktu tengahari mereka tidak berdaya biarkan mereka berbuka.
7-Latih sedikit demi sedikit amalan berpuasa.
8-Terangkan kepada anak tentang kebaikan berpuasa.