SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...
Semalam hubby ke bank Muamalat Taman U untuk menukar duit raya tapi hampa sebab dah kehabisan duitnya...mungkin hubby terlambat agaknya sebab dah ramai orang terlebih dulu dah menukarkannya...

hubby mama pun malas nak pergi ke bank-bank yang lain takut semuanya dah kehabisan duit baru tu...jadi hubby dengan mudahnya menyuruh pengawal keselamatannya yang bertugas menjaga duit untuk di hantar ke bank menukarkannya dengan wang kertas yang baru....sekejap je pengawal tu dapat menukarkan wang kertas baru tu...mungkin ada orang yang kita kenal lebih senang kot..

apa lagi senang je dapat menukarkan duit yang baru tu tapi hampa juga sebab wang kertas baru bernilai RM 5 dan RM 10 sudah habis jadi terpaksalah pengawal tu mengambil saja wang kertas baru RM 1 sahaja...tapi tak apa lah janji ada juga duit kertas baru untuk digunakan bagi duit raya untuk anak-anak saudara mama nanti...