SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajar-pelajarnya.Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekali gus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata,"Nama saya Abu Bin Dolah,bila besar nanti saya ingin menjadi
juruterbang,jadi bolehlah saya pergi ke Australia,Eropah dan Amerika."

"Bagus Abu, Terimakasih,siapa lagi ? "tanya guru.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi,berdiri dan berkata,"Nama saya
Noni binti Samad,kalau besar nanti,Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai
anak-anak yang comel."

"Bagus,jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia,siapa lagi nak bercakap?"

Seman berdiri dan berkata,"Saya Seman Bin Leman,bila besar nanti saya bercita-cita
 untuk membantu Noni mencapai cita-citanya...!!!"

Cikgu..."Ahh..???



p/s maaf mama tak dpt BW ke blog kekawan sementara ni atas sebab yang tak dpt dielakkn  nanti mama akan BW semula setelah semuanya settel tinggalkan jejak yer....