SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...
Dok menghadap lappy ni terpandang mama akan rak meja yang terletaknya album gambar gambar lama mama dolu-dolu...
apa lagi terus je ambil dan belek gambar-gambar lama zaman persekolahan dulu...
Kelakar betul bila tengok gambar-gambar lama ni semula macam tak percaya plak yang mama yang dulu nyer berkulit hitam dah serupa macam anak India je...
Sebenarnya zaman persekolahan mama dulu, mama ni memang terlampau aktif dalam sukan   sampaikan kulit pun boleh hitam semacam ...



Terlampau aktif mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi dan bola jaring.
Kalau dah wakil sekolah namanya terpaksalah menjalani latihan setiap hari kalau tak macam mana nak menang dalam pertandingan kan...
Bangga sungguh masa tu dapat mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi,
 yang dapat mewakili sekolah akan mengikuti latihan yang disediakan.
Memang seronok giler waktu tu dapat mewakili sekolah ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Muar (MSSD).



Teringat akan zaman remaja waktu persekolahan dulu
macam-macam cerita suka dan sedih.Semuanya akan menjadi memori dalam hidup mama ini buat selama-lamanya....
ntahlah nak cerita pun ada yang ingat dan ada yang mama dah lupa....
jadi cerita je lah apa yang mampu diingati dikepala ni....
waktu remajalah zaman yang amat menyeronokan kerana sentiasa ada kekawan peneman suka dan duka...



Kiranya ada jugalah kawan baik zaman sekolah dulu kalau bertiga mesti ada seorang yang
 tidak sekepala jadinya mamalah jadi orang tengahnya....
masing-masing macam tak boleh tengok bila mama berbaik dengan yang seorang lagi...
aduhhhh pening kepala dibuatnya....
kadang-kadang tu terpaksa membiarkan saja mereka....
malas nak layan kerenah kekawan mama tu,itulah salah satu perkara yang mama ingat tentang kawan-kawan baik mama tu....



Zaman tu semuanya bagai tiada apa masalah yang harus difikirkan 
 hanya fikir happy dan seronok jer...
sebenarnya zaman remajalah yang amat menyeronokan sekali dan bila fikir2kan
  semua itu hanya hanya tinggal memori terindah je....
kalau boleh diputarkan masa rasanya ingin mama kembali semula ke zaman tu 
tapi tu hanyalah perkara yang tidak boleh kita putarkan kembali......



Biarlah ia menjadi satu nostalgia yang sukar dilupakan seumur hidup ini.....
masa yang berlalu tidak boleh diputarkan kembali tapi
 kita haruslah hadapi masa dan hari yang akan datang....
semoga hari-hari mendatang akan lebih memberi makna lagi 
 dulu semasa di sekolah mama memang aktif dalam sukan dan kelab,sekejap bola jaring,
sekejap lompat tinggi,sekejap lompat jauh dan berlatih teater dan koir.



Kelab yang mama sering sertai dulu adalah kelab teater n koir,kelab bola jaring 
dan badan beruniform plak adalah pandu puteri.
Memang tersangat aktif sewaktu zaman persekolahan dahulu sampai lupa semuanya,
cinta monyet 
pun ada juga masa tu tapi biarlah ia jadi kenangan dan sejarah di dalam hidup ini.


Gambar kelas di zaman persekolahan dahulu sekitar tahun 80an 5A2
mana lah perginya member-member lama ni kalau dapat jumpa mesti gempak punya...
mama dok baris yang belah tengah sekali...

lepas aktiviti pandu puteri sempat berjalan dan bergambar lagi...
kulit pun dah jadi gelap semacam je inilah akibatnya asyik berjemur