Assalamualaikum...
Sekarang ini semuanya serba serbinya mudah saja tidak payah bersusah payah untuk pergi menempah tiket kapalterbang lagi dikaunter.Semuanya boleh dilakukan di hujung jari kita saja iaitu secara'on-line'ianya lebih mudah dan jimat masa.
Apabila membuat tempahan on-line kamu akan mendapat nombor tempahan yang menggantikan tiket.Jadual penerbangan dan makluman perjalanan akan dihantar menerusi email saja atau semasa membuat pembayaran.
Dibawah ini adalah langkah yang perlu dilakukan semasa membuat tempahan
'on-line'menggunakan perkhidmatan Air Asia.
1-Mula-mula pilih perjalanan sehala ataupun dua hala,pilih lokasi yang mahu dituju serta tarikh berlepas.Seterusnya isi bilangan tempahan tiket yang mahu dibuat.Akhirnya tekan cari https://www.airasiago.com.my/
2- Langkah kedua kita akan dimaklumkan sama ada terdapat tarikh yang kita minta.Sekiranya ada kita akan diminta memilih waktu penerbangan.Sebaliknya jika tiada kita akan diminta untuk mengubah tarikh penerbangan.Jumlah tiket juga akan dimaklumkan terus tekan sambung..
3-Kemudian nama kamu akan dipamerkan jika setuju teruskan dengan proses pemilihan cara membuat pembayaran.
4-Langkah seterusnya isikan maklumat tentang diri kita kemudian tekan proses dan teruskan dengan langkah seterusnya.
5-Sebaik sahaja kita selesai membuat pembayaran kita akan diberikan nombor tempahan.
6-Amat penting untuk memberikan nombor telefon yang betul supaya senang untuk dihubungi oleh pihak Air Asia.Kita tidak perlu membawa jadual penerbangan semasa hendak mendaftar masuk.yang perlu diingat adalah nombor tempahan atau memberitahu nama sahaja.Kad pengenalan atau pasport perlu ditunjukkan untuk tujuan kenal pasti dan pendaftaran masuk.
Itulah yang perlu semasa kita menempah tiket kapal terbang secara on-line moga kekawan yang ingin membuat tempahan dapat melakukannya dengan betul...
Selamat terbang ke awan biru...
p/s auto publish...
10 Comments
nak check in web pun senang dah skrg nie..
ReplyDeletesaya selalu buat secara online lebih mudah dan murah..haha..wahh auto ea..
ReplyDeletethanks mama atas info. insya Allah cuti sem depan nak try balik kampung naik flight. hehe
ReplyDeleteassalamualaikum...
ReplyDeletetumpang yer...
http://anakenyusni.blogspot.com/2012/07/blog-post.html
-coklat homemade
mudah dan cepat kan. thanks for sharing kak. lbh kurang sama dgn n3 saya cam kt bwh ni, tp yg ni utk bas.. hehehe :)
ReplyDeletehttp://suriaqistina.blogspot.com/2012/07/destination-on-your-finger-tips.html
memang cepat n mudah..hehe..dh book tiket utk ke padang...xsabar plk nk gi...=)
ReplyDeleteTq atas tips nie.
ReplyDeletekalau kena gaya dan masa..... dapatler seat yg gila2 murah.....
ReplyDeleteoct nie remy dapat ticket 10sen jer ke langkawi......
dulu2 pun pernah jugak dapat ticket ke kuching rm 52 hinggit jer pergi dan balik.... tu dah termasuk semua charge......
Tak pernah book...Lagipun cr tak pernah naik kapal terbang.
ReplyDeleteskrg dunia di hujung jari je kan. ;)
ReplyDeletePost a Comment