Assalamualaikum...
Bila sebut je pasal kerjaya pasti semua orang terfikir tentang kerja yang baik...berbagai kerja yang baik itu boleh buat semua mulut orang akan terlopong dan terbeliak kagum bila seseorang itu menyebut tentang pekerjaan mereka yang baik tu tapi janganlah terlalu membangga diri dengan pangkat dan jawatan itu...
Peguam,doktor,jurutera,akauntan semuanya adalah salah satu kerja yang baik tapi bila seseorang itu menyebut kerja mereka sebagai tukang sapu,tukang cuci,pengasuh atau pun jaga kedai pasti ada yang tidak terlopong mulut pun kan malah kerja-kerja itu seperti dipandang rendah pada mereka ...
Kita sebagai manusia ini akan sentiasa memandang tinggi pada orang yang menjawat jawatan kerja yang besar dan hebat..apa yang hendak di hebatkan yer tak ..kenapa la ujudnya jurang antara kerja biasa-biasa itu dengan yang berjawatan besar tu...tiada yang lebih dan kurangnya di Padang Mashyar nanti semuanya dipandang sama rata jer di sisi Allah..
Janganlah kita yang bekerja 'biasa-biasa' ni merasa rendah diri atau merasa malu...biarkanlah orang yang memandang rendah pada kita itu... tidak semestinya orang yang bekerja biasa-biasa ni tidak boleh berjaya dan cemerlang dalam hidup mereka
bagi mereka yang berjawatan tinggi pula tidak semestinya kerja yang mereka sandang itu boleh menjamin kebahagian di dalam hidup mereka mana tahu akan ada masalah yang akan timbul dikemudian hari nanti...
Oleh itu kita sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang baik janganlah terlalu membezakan atau memandang kebendaan atau pangkat yang tinggi saja sebaiknya kita haruslah sedar bahawa satu hari nanti kerja yang biasa-biasa itulah yang akan menjadi sesuatu kerja yang amat membanggakan semua..
26 Comments
saya kerja biasa2 jer...saya tak malu sbb saya bekerja dengan menggunakan usaha, tenaga saya sendiri. yg pasti saya bekerja dan dapatkan rezeki dr sumber yg halal
ReplyDeletesangat sukaaa dgn entry ini.. betul tu janganlah terlalu membezakan atau memandang kebendaan atau pangkat yang tinggi saja sebaik2nya kerja dengan ikhlas dan mendapat gaji yg halal untuk diri sendiri dan juga keluarga :)
ReplyDeletestuju statement mak dara..
Deleteapa yg penting....halal!
sya kja biasa2 ja mama..artu ada lah 2 ,3 org kwn yg pndg rendh tp sya gelakkan ja..haha
ReplyDeletebetul tu.. biarlah tak berjawatnn.. janji bergaji.. dan masih bekerja.. moga rezeki diberkati...
ReplyDeletesalam sis. ada sorang kenalan adik maera, kakak dia dulu kerja pembantu kedai makan aje. tahap spm saje. tapi, sekarang dah berjaya..kereta import 3 bijik dia beli.moral, jgn pandang rendah orang lain...rezeki tu rahsia Allah.siapa berusaha, dia akan dapat. =)
ReplyDeleteBetul tu.... MQ kalau orang Tanya kerja apa, bagitau je la.. Buat apa nak malu... Cuma kalau suatu masa nnt MQ berjawatan besar, MQ tetap Akan cakap MQ kerja mcm skrg ni... Taknak dikatakan riak or meninggi diri... Amin...
ReplyDeleteyang penting halalll
ReplyDeletesinggah dari segmen mak dara!
sorry lambat!
Betul tu. Tak baik memandang rendah pada orang. Tp perasaan rendah diri juga perlu dibuang.
ReplyDeletemasing2 mempunyai peranan dalam sektor kerja..kecil ke besar..ia amat penting sebab ia pelengkap antara satu sama lain
ReplyDeleteorg skang pentingkan pangkat daripada hati...entahlah mama
ReplyDeleteASsalam mama..betul tu..janji kita ada kerja yg halal..
ReplyDeletetak kisah dimana kita berkerja, apa yg dikerja... janji halal utk seisi keluarga....
ReplyDeleteberjawatan tinggi pun, kalau tak amanah...tak berkat jugak.....yg penting kita ikhlas....
pada saya kerja apa pun sama je.. makan gaji.. buatnya tetiba jatuh sakit..tak boleh bekerja.. tak kira la doktor ke peguam ke majistret ke tukang sapu ke..hilang sumber pendapatan..so syukur la selagi boleh bekerja..kalau gaji banyak pun..bila dah tak boleh kerja..jadi kosong jugak..lagi teruk dari tukang sapu walau pun gajinya cuma beberapa ratus ringgit..
ReplyDeleteAssalamualaikum Mama
ReplyDeleteyang penting dapat keredaan Allah
saya pn keje biasa2 je..pada sya yg penting keberkatan rezeki tu ..insyaAllah :)
ReplyDeletebetul tu mama.. pangkat besar tp x pandai buat keja pun x guna mama... yg keja biasa2 ni walau jawatan x tinggi tp tanpa diorg mcm mana agaknya? boleh berjayakah org jawatan tinggi tanpa sokongan dari org bawah? org bawah org atas ke sama aje kepentingannya kan mama.. dan ingatlah yg di ats tak sentiasa di atas dan tak mustahil yg atas tu boleh jatuh ke bawah dan yg bawah ni boleh naik ke atas..
ReplyDeleteOrang yang bekerja biasa macam kita ni akan rasa macam tu mama, tapi ramai yg bekerja hebat2 dalam bidang professional yg gajinya lebih tinggi daripada rakyat marhaen mcm kita ni akan rasa diri mereka hebat dan kepala mereka pun besar. Lumrah manusia rasanya kan?
ReplyDeletebetul tue...pangkat tinggi kalau tak tahu kerja dapat gaji buta jerlah...
ReplyDeletesalam mama.. bg kyra kerja apa pun tuhan bg tu terima je.. asal gaji kita tu halal and hati kita pun senang nak buat kerja tanpa sebarang paksaan atau rungutan.. impian kyra, kyra cuba utk tak cpt ptus asa dlm memajukan dri ke dpn tak kira la umur dah berapa ms tu kan mama.. lgpun kita sememangnya di tuntut utk sntiasa mncri yg lbh baik slgi nfs ada.. insyaAllah.. amin..:)
ReplyDeletebetul tu mama.... kalau dah berjaya tu jgn lupa asal usul... hargai susah payah sebelum berjaya... jgn terlalu bangga dan mendongak tinggi ke langit... takut bila terjatuh ke bumi sakitnya tak tertanggung.... terima kasih atas peringatan mama...
ReplyDeleteas salam mama...
ReplyDeletebetul tu..pangkat bukan pengukur segalanya walhasilnya iman dan ibadah yang paling utama menjadi pengukur kita di akhirat nanti. Sentiasalah bersyukur atas apa yang kita semua perolehi saat dan tika ini...Alhamdulillah.
aah kan mama MZ...biarlah dgn kerja sbg yg biasa2 ni...insyaAllah dgn usaha pasti akan membuahkan hasil di masa akan dtg...dri kj yg biasa kita tingkatkan diri menjd yg terbaik..jg x membeza2kan berstatus tinggi or rendah
ReplyDeleteeerrr..bagi saye yang penting dapat pendapatan yang wajar dan mampu menampung kehidupan serta dari punce yang halal..:)
ReplyDeletesentiasa bersyukur dengak kerjaya sekarang... semoga ceria selalu..
ReplyDeleteapelah ade pade name kerja. yg penting amanah buat kerja.
ReplyDeletePost a Comment