SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Sebut je bab-bab makanan ni memang semua orang sukakan termasuklah mama sekali tapi kena juga tengok lauknya juga.... makanan atau lauk yang berunsurkan ayam memang mama kurang gemari sebenarnya kalau sebut suruh masakkan mama tak kisah tapi bila disuruh makan memang tak boleh langsung.... 


Bila je sebut nak masak ayam mamalah orangnya yang paling bantah dan tak suka sekali tapi dek kerana hubby dan anak2 suka terpaksalah juga diturutkan...jadi tukang masak mereka je la sebab mereka semua memang suka makanan berunsurkan ayam ni lebih-lebih lagi anak mama yang bongsu tu pantang je sebut nak masak lauk ayam pasti dia yang awal-awal setuju... 


Ayam masak lemak ini memang menjadi kegemaran mereka tapi pada mama lauk yang ada menu ayam ni awal2 lagi mama dah tak masukkan dalam list...bila anak-anak request nak makan KFC terpaksa juga mama ikutkan juga la...KFC ni memang semua orang suka makan dan dah jadi faveret mereka pun nak buat macam mana ikutkan juga la....


Sebenarnya bila tengok mereka makan ayam KFC tu terasa juga tekak ni nak memakannya tapi masalahnya bila makan juga ayam tu tekak ni tak boleh plak menerimanya dan kalau ditelan juga pasti akan muntah serta merta itulah yang jadi masalahnya sebab kenapa jadi macam tu mama sendiri pun tak tahu... memang dah semulajadi dari kecik2 dulu kot atau semasa mengandung mak mama memang tak suka makan ayam agaknya ....