SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum..
Kali ini mari kita join segmen blogger ini plak
pada sesiapa yang ingin join 
Segmen ni mengingatkan kembali memori 
dulu2 semasa perkhemahan Pandu Puteri mama di sekolah.
Pada masa tu mama di dalam tingkatan 4 pada tahun berapa ek
mama lupa plak tahunnya sebab dah lama la...


Pada masa itu semua sekolah di daerah Muar menyertainya
mama mewakili sekolah mama iaitu Sekolah Menengah Dato Sri Amar Di Raja
untuk perkhemahan Pandu Puteri.
Perkhemahan itu diadakan di Padang Tanjung Muar selama 3hari 2 malam.
Kami semua dibekalkan dengan semua peralatan yang diperlukan
dan kami semua bermalam di sana beramai-ramai.


Pada hari pertama kami semua pelajar2 sibuk mendirikan khemah masing-masing
dan menyiapkan segala kelengkapan perkhemahan yang diperlukan.
Membuat tanda kawasan masing2,menyediakan dapur untuk memasak
menyediakan jadual untuk semua tugas dan setiap ahli ada tugasnya masing2.
Selama kami semua berada di sana bermacam-macam xtvt kami semua lakukan
acara jungle tracking, acara memasak dan yang paling mama ingat
adalah acara persembahan dari setiap sekolah.


Sekolah mama membuat satu persembahan drama pendek
iaitu drama bertajuk "Romeo N Juliet".
Watak Juliet dilakonkan oleh kawan mama dan mama pula melakonkan
watak sebagai Romeo...memang kelakar betul waktu tu
kerana drama yang dilakonkan oleh kami berjaya mendapat
tempat kedua x sangka plak mama drama spontan macam tu
berjaya mendapat tempat kedua.
Sememangnya masa itu amat seronok sekali dan ia akan sentiasa
menjadi kenangan manis buat diri mama untuk selama2nya.


Malunya mama tunjuk gambar lama2 ni...buruknyerrrrrr hehehe...
jangan gelak yer bila tengok tapi kalau nak gelak juga teruskan...