SALAM 1 MALAYSIA


 Assalamualaikum...
Belek punya belek suratkhabar Metro semalam
terpandang mama akan satu slot yang menarik hati ...
"Buah Turunkan Berat Badan"
patut la badan mama sentiasa kurus je tak  gemuk2
agaknya asyik makan buah je kot hehehe (perasan plak mama)
tapi tak apa lah kurus pun kurus la janji badan mama selalu sihat kan....
Mulai hari ini marilah kita mengamalkan memakan 
buah-buahan untuk kesihatan dan diet pemakanan seharian kita.
Semalam semasa blogwalking mama ada juga terbaca n3 kekawan
blogger yang nak berdiet sebab berat badan mulai naik selepas bulan puasa yang lepas
jadi hari ni mama nak bagitahu supaya amalkan memakan buah-buahan adalah
diet paling senang n mujarab... 
Sesiapa yang rasanya nak diet dan nak menguruskan badan
 mulakan dari sekarang memakan buah-buahan yang tertulis di bawah ni....
tapi mama rasa kalau nak makan tak kira lah buah apa pun
 janji buah-buahan tak semestinya buah yang tertulis kat bawa ni je....

Buah-buahan ini sebenarnya mengandungi serat yang tinggi,
air dan nutrsi sehingga mampu membuatkan perut kita sentiasa kenyang je...
patut la doktor menasihatkan hubby mama 
hari tu agar dia selalu makan buah-buahan rupa-rupanya itu adalah satu cara pelengkap hidangan dalam diet harian kita.....
Selain senaman baik untuk kesihatan buah-buahan juga 
dapat mengurangkan rasa lapar pada seseorang 
dan ia adalah diet pemakanan yang baik.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai buah
ada beberapa jenis buah yang mempunyai kelebihan 
dalam membantu menurunkan berat badan kita
iaitu grapefruit atau limau gedang,oren, epel, beri, tembikai dan anggur.
Jomlah kita cari buah2an lepas ni yer....
  • Limau gedang - kajian mendapati buah limau ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
  • Oren - oren pula mempunyai kandungan serat paling tinggi,serat yang ada dalam buah oren ini adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat(nasi)
  • Epal - seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan atau makanan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.
  • Beri - Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metebolisme tubuh.
  • Tembikai - Buah ini mengandungi 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut teransang.
  • Anggur - Kandungan antioksidan di dalam buah anggur ini mampu mencegah gula di   dalam darah menjadi lemak.Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.
membeli buah-buahan di Giant

menyelerakan

  Nyummmmm...