SALAM 1 MALAYSIA


Assalamulaikum...
Pepagi lagi mama dah keluar rumah dengan harapan
 yang membara agar mesin jahit mama elok semula...
Mesin jahit tu terpaksa ditinggalkan dikedai untuk diperbaiki
semoga ia segera dan dapat dibaiki semula.
Keluar dari kedai repair mesin jahit tu, mama,hubby dan puteri2
mama terus ke warung disebelah jalan untuk mengisi perut
yang dari pagi tidak diisi...
Alhamdullilah ada rezeki untuk dia dapat makan dan minum....

Masing2 dengan sarapan buat perut yang dah berbunyi   
nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang dan secawan teh tarik
menarik perhatian kami semua
sambil kami makan datang seorang lelaki India
dengan pakaian yang tidak semenggah merayu
meminta wang dari hubby....
Alhamdullilah ada rezeki untuk dia wang di hulurkan dan lelaki India
tu berlalu pergi mencari rezeki di meja yang lain pula...
Ada yang menghulur dan ada juga yang menghalau...

Selang beberapa minit datang lagi seorang wanita India pula
merayu memohon nasi lemak yang kami makan...
Tidak sampai hati menyuruh wanita India itu mengambil
nasi lemak itu daripada makcik penjual nasi lemak  
dan duitnya mama yang bayar...
Alhamdullilah ada juga rezeki untuk dia dan wanita
 India tu mengambil nasi lemak dan terus berlalu pergi...

Kemudian datang pula seorang lelaki Cina mahu menjual ubatnya
  hubby mama membeli sebotol kerana mahu menolongnya 
walaupun masih ada minyak urut di rumah kami...
Lelaki Cina itu pun berlalu pergi dengan gembiranya
alhamdullilah ada juga rezeki untuk dia...

 Masih dalam mood makan nasi lemak tu,
 datang pula seorang pakcik tua yang merupakan
seorang tukang urut lalu memberikan kertas kecil pada hubby
kertas promosi urutan beliau hubby mama
menerimanya dengan senang hati...
Pakcik tu meminta secawan kopi sambil berbual
dengan hubby mama tentang urutannya....
siap promosi kat warung tu sambil memicit bahu hubby
tapi hubby cepat2 menyuruh beliau berhenti dan menyuruhnya
duduk dan minum dahulu...

Mama dah selesai makan tapi hubby masih melayan pakcik tu
lantas mama saja yang membayar segala makan dan minum
tadi termasuk minuman pakcik tu sekali...
Alhamdullilah ada rezeki untuk dia walaupun hanya 
dapat minum secawan kopi bersama kami....

Segala-galanya adalah rezeki dari Allah semoga
 rezeki itu akan diberkati oleh Allah jua dan
semoga rezeki itu hanya untuk dia...
INSYAALLAH...