SALAM 1MALAYSIA

Entry saya hari ini adalah petua2 yang orang lama-lama(dulu) lakukan dan amalkan.Kita ikutilah petuanya di bawah ini:


1- UBAT SAKIT KEPALA
Cara tradisional untuk ubat sakit kepala ini ialah mendapatkan tiga helai daun sirih, tiga ulas bawang merah (jgn buang kulitnya),satu sudu teh jintan manis,satu sudu besar cuka dan semangkuk air. Ramas semua bahan tadi di dalam air dan sapu di kepala.InsyaAllah sakit kepala akan berkurangan.Kalau tidak baik juga pergilah jumpa doktor segera.

Daun sirih


2- PEGAGA UNTUK AWET MUDA
Bagi yang mahu kekal muda amalkanlah petua ini.Ambil daun pegaga yang segar,kisar bersama air hingga lumat.Tapis dan ambil airnya kemudian masukkan sedikit gula dan sedia untuk diminum.Amalkan selalu.


Daun pegaga


3- ATASI BAU BADAN
Masalah ini memang selalu dialami oleh semua orang dan memang memalukan.Cara mengatasinya ialah dengan mengambil beberapa kuntum bunga cengkih dan rendam sehingga kembang kemudian minum airnya selama tiga hari berturut-turut.Amalkan selalu hingga bau badan berkurangan.

cengkih



4- DAUN BELIMBING RAWAT DEMAM KUNING
Untuk mengatasi masalah demam kuning pada bayi yang baru lahir,ambil daun belimbing yang berwarna kekuningan.Rebus dan campurkan ke dalam air mandian bayi.Amalkan setiap kali tibanya masa untuk memandikan bayi.InsyaAllah kuning pada bayi akan berkurangan dan beransur pulih.

ini buah belimbing bukan daunnya