01 June 2018

# DIY

TUKAR ALMARI TAPI YANG LAMA TETAP GUNA

ASSALAMUALAIKUM...
Tukar Almari Tapi Yang Lama Tetap Guna | Lama nak post cerita ni tapi dok tersimpan dalam kotak draf jer jadi bila tengok bolehlah di postkan cerita mama yang dah lama basi ni...klau ke dapur sedih tengok almari mama yang dah lama usianya ini...nak dibuang sayang sebab masih elok lagi cuma cermin dan kayu ukir depan tu jer yang dah patah...jadi minta hubby belikan yang baru untuk gantikan almari lama ni...kalau nak tahu cerita almari lama mama yang telah diberikan baju baru bolehlah singgah ke entri DI SINI...

Inilah almari lama mama yang telah mama berikan nafas baru bertukar warna dari coklat ke putih...


Akhirnya dapat juga berganti almari lama tu dengan yang baru ni...tapi walaupun dapat yang almari yang baru ni, almari lama tak terus dibuang sebab ianya masih boleh terus  berkhidmat dan boleh digunakan lagi...


Ini dia almari yang lama tu...hubby dah tutupkan tempat yang tiada cermin tu dengan kotak dan catkan semula dengan color putih...dapat juga digunakan lagi di sini...berguna juga walaupun dah berusia.mama letakkannya diruang hadapan rumah untuk diisikan dengan barangan pertukangan untuk hubby...

p/s sayang nak buang barang lama ni ada sentimental value..


10 comments:

  1. Betul tu mama. Mak kinah pun macam mama. Kabinet tv dia tu lama dah guna sejak kinah kecik lagi masih elok lagi sampai sekarang sampai mak dah bercucu. Cuma cermin kacanya kejap ok tak ok. Moga raya ni takdela budak main dekat kabinet tu hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kinah mmg syg nak buangnya...

      Delete
  2. kreatif betul la mama ni..

    ReplyDelete
  3. Wah,kreatifnya mama ni.sama macam mak saya. Sayang nak buang barang yang banyak berjasa.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih ju...betul tu syg sgt nak buang sebab masih boleh digunakan...

      Delete
  4. Rajin betul Mama suami isteri..kreatif..

    ReplyDelete
    Replies
    1. deko org lama lin mcm ni lah gayanya...yg lama diubahkan semula...

      Delete