Assalamualaikum...
Kekawan pernah dengar tak nama bubur ni ? pada kekawan yang duduk menghala ke selatan atau yang berketurunan jawa pasti dah tahu rupa buburnyakan...sebenarnya mama nak cerita sikit la kat sini biasanya orang yang berketurunan jawa di Johor yang selalu membuat bubur putih merah ini untuk sesuatu majlis kesyukuran atau lebih biasa disebut oleh orang jawo 'bancaan'...ada tak ke kekawan mama berketurunan jawa? kalau ada mesti dah tahukan..
Biasanya bubur ni disajikan semasa majlis bila berlaku satu perkara yang baik seperti menyambut ulangtahun kelahiran bayi, majlis tolak bala,khatam al-quran,berkhatan atau ada sesuatu perkara yang lain juga..teringat kisah mama dulu pernah menyediakannya juga untuk menolak bala kerana telah mempunyai anak perempuan 3 orang berturutan...
pada masa tu mama tak tahulah samada ianya benar atau pun tidak perkara-perkara yang begini..setahu mama kalau orang jawa ada menyatakan bahawa jika anak-anak kita sederet 3 perempuan atau lelaki perlulah membuatkan bubur putih merah ini selama 7 minggu dan diberi makan pada kanak-kanak...benar ke tidak tak tahulah mama...
perkara ini perlu dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakkan dari terjadinya sesuatu perkara yang tidak elok berlaku pada anak-anak kita nanti...pada mulanya mama tak mahu untuk membuatnya tapi telah dipaksa oleh arwah ibu mentua untuk melakukannya juga...dek kerana tak kuasa nak membantah mama membuatkan jugalah bubur putih merah ini selama 7 minggu pada setiap hari Jumaat..
setiap pagi Jumaat anak mama sudah bersiap sedia untuk membawa bubur putih merah ini ke sekolahnya untuk dibagi-bagikan pada kekawan di sekolahnya...begitulah seterusnya selama 7 minggu dilakukan sehinggakan ada kekawan sekolah anak mama bertanya sampai bilakah mereka harus makan bubur putih merah ini sebab dah jemu kata mereka kerana setiap minggu memakannya...bila teringat balik kisah tu geli hati mama dibuatnya...
beginilah caranya mama menyediakan setiap seorang bubur putih merah ini untuk dibagi-bagikan pada kekawan anak mama di sekolah dulu...
p/s terasa nak membuatnya petang nanti untuk dimakan semasa berbuka..
16 Comments
moning
ReplyDeletesinggah pagi isnin
biasa makan bubur nie...tp dlu ada owg ckap kalau bayi termakan najis sndri kita buat bubur nie bg org makan...hehee wallahualam. apa2 pon sy suka yg wrna putih ja sbb masin dr yg merah tue.. :)
ReplyDeleteKalau org Jawa bubur putih-merah ini sangat sinonim Mas. Kalau boleh masa lenggang perut buat, dapat anak setiap anak tukar bulan pun kena buat, anak sembuh dari demam kena buat, anak berjaya apa pun buat, anak bertunang buat, anak kawen lepas majlis selesai pun buat. Eh... entahlah... kakak masih kena ikut sebab dlm lingkungan jawa lagi...
ReplyDeletekena buat ke mama... anak saya 3 lelaki berturut2...
ReplyDeletefirst time aiza dengar.. menarik juga.. boleh tak berkongsi resipinya?
ReplyDeleteAssalam Mama...
ReplyDeleteAJ tak penah jumpa pulak bubur ni......
Mesti sedap kan...
Wow..bubur putih merah pasti enakkk...
ReplyDeleteBubur tu dibuat dgn pulut keee
ReplyDeletetak pernah dengar pun...tp mcm best jer...sally suka mkn bubur yg manis2.. :)
ReplyDeleteorang banjar pon sama gak mama...dulu lepas je prgnt..buat gak..tanda kesyukuran..pastu tujuh bulan pon buat gak..lastly bile da selamat besalin pon buat gak..mmg sinonim sgt lah bubur ni bile hajat tercapai kene wat..hihi
ReplyDeleteMestilah saya tau kak..sebab saya org Johor..dulu kck2 mak selalu buat. Kalau ada berita apa2 yg mengembirakan ke mak mesti buat walaupun ank2 jauh.. Saya masih xtau lagi cara buat bubur nie.. Nnt nak kena belajar dgn mak... :)
ReplyDeleteye betul kata kakzakie tu.org jawa mmg buat bubur merah ni time hari mcm tu.lama tak makan..sedapnya.terliur dah ni
ReplyDeletesalam kak mas....saya orang muar tapi dah jawa derhaka sbb lgsg tak tau speaking jawa,fmly pulak dh merantau cuma sorg je uncle duk muar hehehe.tapi tak ler jawa totok sbb belah atok lelaki je jawa.
ReplyDeleteowh fav saya ni,kak.skrg ssh nk jmp org jual,kalau kt bazar ramadhan pun tak femes bubur ni.masa duk muar atok memang suka buat.owh tak tau pulak bubur ni ada kaitan utk sambut mcm2 majlis :)
tak pernah jumpa dan merasa lagi mama...... baru first time dengar dan tgk....
ReplyDeletewahhh info terbaru ni !
ReplyDeleteFirst time dgr..
ReplyDeletePost a Comment