Selamat pagi semua...selamat pagi Malaysia
semoga kekawan semua ceria di awal pagi hari Isnin ini yer...
minggu depan semua umat islam akan mula berpuasa
alhamdullilah bertemu lagi kita dengan bulan
Ramadhan Al-Mubarak yang penuh dengan
kebaikan dan kemulian ini..
Hari ini mama nak cite sikit tentang kenangan waktu remaja dulu...
tetiba plak teringat akan arwah abah mama dulu dengan becanya (mood sedih)
tetiba plak teringat akan arwah abah mama dulu dengan becanya (mood sedih)
Mama teringat semasa mama berjaya mengayuh beca roda tiga dulu...
Beca tu adalah kepunyaan abah mama dan
beca itulah punca mata pencarian abah mama dulu.
Dan hasil dari
mengayuh beca roda tiga itulah yang menyara kami anak-beranak...
Pengalaman membaca beca tu adalah pengalaman
yang begitu berharga bagi mama
dari situlah mama mengerti bagaimana rasanya susah dan senang
ketika mengayuh beca roda tiga itu.
Membawa beca roda tiga ini tak lah sesuah mana pun,
sama macamana kita
sama macamana kita
mengayuh basikal jugak tetapi mengayuh beca ni agak berat sedikit
pada bahagian kirinya.
Kalau ada orang yang menaikinya lagilah terasa berat
untuk mengayuh beca tu...
Bayangkanlah bagaimana seorang lelaki tua boleh berdaya
mengayuh beca tu dengan penumpang di atasnya...
Bila mama dah merasakan membawanya barulah mama
dapat tahu bagaimanalah, susahnya abah mama yang tua
dulu dapat mengayuhnya dengan penumpang yang berat ada di atasnya.
tanpa merasa penat pun...
Itulah harga diri seorang lelaki untuk mencari rezeki yang halal
sanggup bersusah-payah walau sesusah mana sekalipun
masih tetap dilakukannya...
Tapi mama terasa sedikit kesal kerana tidak dapat membalas segala jasa2
abah mama kerana beliau telah pergi menemuai Ilahi semasa mama
masih lagi menunggu keputusan SPM.
Di Melaka pun masih ada ramai warga emas yang
mencari rezeki mereka dengan membawa pelancung2 disekitar
Bandar Melaka menaiki beca.
Bila terpandang warga emas di sekitar Bandar Melaka
mengayuh beca teringat mama akan abah mama dahulu.
Sayu rasa hati mama kalau terpandang suasana begitu
mama lebih rela memberi wang pada mereka tanpa
menaiki beca itu.
Itulah kenangan yang amat bermakna sekali dalam hidup mama
kerana dapat belajar mengayuh beca dan juga belajar dari pengalaman
hidup ini.
Memori indah itu akan sentiasa melekat selama-lamanya diminda mama.
Al-Fatihah buat abah...
Contoh beca abah
6 Comments
Assalamualaikum...Sedihnya baca cerita mama. Memang nampak berat nak kayuh lagi-lagi bawa penumpang 2-3 orang. Wina ni kadang kayuh basikal bawa penumpang pun rasa seksa kalau lagi berat daripada Wina.
ReplyDeleteMoga roh arwah abah mama dicucuri rahmat. Sedekah al-Fatihah.
-wina1979-
slm wina...thanks yer coz sudi baca entry2 mama...al-Fatihah amin...
ReplyDeletesegalanya dalam kenangan...sukar utk dilupuskan.Jasa ibubapa kpd anak.
ReplyDeletethanks abghani bertuahnya kalau dpt anak2 yg mengingati ibubapanya yg ada mahupun yg telah tiada..semoga kita mendpt anak2 yg soleh n solehah utuk kita diakhirat nanti kn...:)
ReplyDeletealfatihah utk arwah..sayu hati membacanya kak mas..
ReplyDeletemoga ank2 kita akn mengigati jasa org tua spt mana kak mas..
thanks diya...semoga abah akak tetap bersemadi dgn aman di sana...:)
ReplyDeletePost a Comment