ASSALAMUALAIKUM...
Anak-anak mama ni kalau dah jumpa barangan Hello Kitty ni memang kemaruk jer...semuanya cantik dan lawa-lawa....kebetulan semalam mama nak pergi ke kedai Eco rm2.12 yang baru di buka di Taman Universiti tapi anak-anak ajak masuk ke kedai ini dulu...kedai ni pun baru dibuka juga dan ianya terletak berhadapan dengan kedai Eco ini...
Ingatkan kedai Kioda yang ada kat Aeon Bukit Indah tu tapi rupa-rupanya bukan...Muz Station namanya...
Bila tengok barangan kat dalam kedai ini ! yang ini paling anak-anak mama suka sangat...barangan yang ada gambar Hello Kitty...
Memang rambang mata budak 2 orang ni..tengok tu cntik tengok ni cantik..haii !! anak-anak macam-macam ragam...kalau dah suka memang tak boleh nak cakap apa dah...tapi kali ni datang tengok dulu bila nak beli nanti datang semula katanya..
Cerita hari raya ke 2 di rumah mama...adik-adik,anak saudara dan mak datang beraya ke rumah..mereka datang mengejut tak bagitahu pun jadi apa yang ada saja yang dapat mama sediakan untuk menjamu mereka...
Kebetulan ada lagi nasi impit kat dapur jadi untuk cepat dan segera mama buatkan lontong goreng jer..macam lipas kodong la mama kat dapur kelentang kelentung menggoreng...akhirnya siap juga ketupat goreng resipi mudah dari dapur grandma...tak teringat pulak nak ambil gambar ketupat yang dah siap hari tu...
alhamdullilah ! nasib baik dapat pujian sebab lontong goreng tu sedap walaupun rasanya pedas sedikit...
Alhamdullilah licin juga mangkuk lontong goreng yang mama sediakan tu...seronok rasanya kalau masakan kita yang simple itu sedap dimakan bagi mereka yang datang berkunjung...
Sebelum ke rumah mak di kampung mama singgah sekejap di rumah kakak mama di Taman Sri Pulai...berdekatan saja rumahnya hanya di seberang jalan besar...kami dihidangkan dengan juadah hari raya...siap ada nasi putih di pagi hari raya...sayangnya terlupa mama nak snap gambar makan nasi di pagi raya bersama sambal hijau air tangan kakak mama...
p/s dah letih nak menaip pun memang malas la jadinya...
ASSALAMUALAIKUM...
Jenjalan ambil angin petang di Puteri Harbour...sekejap jer dah 5 hari kita umat islam beraya...lepas ni ramailah yang akan beraya di banda pula setelah lama beraya di kampung halaman...banyaklah rumah-rumah yang akan mengadakan rumah terbuka untuk kawan-kawan dah jiran tetangga di bandar pula....
Kasut last minit | memanjang tak ada kesempatan nak beli kasut raya...kalau keluar tu asyik terlupa jer nak mencarinya sebab kalau keluar asyik terfikir benda yang lain yang nak dicari...last-last esok nak raya baru terfikir nak pergi cari kaaut baru...bila dah kesuntukan masa macam ni memang dah malas la nak pergi cari jauh-jauh jadi pergi tengok kat kedai kasut Xes kat Aeon Taman Universiti jer..tengok mana yang cantik dan lembut terus test dan bayar...senang betul kali ni beli kasut raya..kalau tidak selagi tak pusing beberapa pasaraya memang tak sah...
Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda , "Bukannya orang yang kuat itu orang yang menang dalam pertarungan, tetapi oranh yang dapat menguasai dirinyaketika marah."
Menu juadah untuk dijamu pada pagi raya....seronok rasanya sebab dah lama tak makan menu raya....menu simple dari dapur grandma untuk seisi keluarga...
Di sini mama ingin mengucapkan selamat hari raya Aidil fitri buat semua kawan-kawan alam maya ini...mohon maaf jika ada salah dan silap mama di dalam menulis dan terlanjur berkata-kata di blog ini...maaf zahir batin semua..
Kad raya pertama tahun 2017 ini...dah lama rasanya mama tak dapat kad raya..budaya tradisi mengirim kad raya yang semakin dilupakan..terima kasih pada blogger
FARAH SANUSI yang sudi mengirimkan mama kad raya ini.Semoga ikatan ukhuwah di alam maya ini akan berkekalan hendaknya...
All content provided on this blog is for informational purposes only. The author of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.
The author will not be liable for any errors or omissions in the information nor for the availability of the information on this blog. The author will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of the information on this blog. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.