ASSALAMUALAIKUM...
Sambutan yang meriah sekali di Bandaraya Johor Baharu tadi....sambutan kepulangan untuk pemain JDT sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim menjulang Piala AFC 2015..Majlis bermula jam 8 malam tadi dan bas yang membawa pemain akan melalui jalan-jalan untuk peminat dan penyokong melihat mereka...


Jalan-jalan yang dilalui tadi adalah dari Stadium Tan Sri Dato Haji Hasan Yunus -Bomba Larkin-JPJ Lama-Jalan Tun Razak-City Square-Jalan Wong Ah Fook-Tropical Inn-Jalan Trus-Kotaraya-Jalan Ibrahim-U Turn ke Jalan Tun Dr Ismail-Lot 1-Hospital Sultanah Aminah-U Turn depan Gerbang Istana bukit Serene-Terus ke Dataran Bandaraya Johor Baharu..






Di sepanjang jalan yang dilalui ramai penyokong JDT telah menunggu di tepi jalan untuk memberikan sokongan padu kepada mereka kerana telah berjaya membawa piala AFC ke Johor dan menjadi juara Piala AFC 2015...

Jurulatih Johor Mario Gomez..

Safiee Sali dan Aidil Zafuan

Safiq Rahim


Luciano Figueroa

sumber gambar Johor Southern Tigers