ASSALAMUALAIKUM...
YA ALLAH ABADIKAN HATI INI DENGAN SIFAT MAHMUDAH (TERPUJI)
IMAM GHAZALI menggariskan sifat mahmudah(terpuji) kepada beberapa bahagian.

1-TAUBAT
Keazaman meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu,penyesalan dan niat utk tidak mengulanginya lagi.

2-TAKUT AKAN ALLAH S.W.T
Perasan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itu melipat gandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya.

3-MAHABBAH
Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segalanya yang lain akan melahirkan rasa cinta kepada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.

4-ZUHUD
Kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa dari segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik.

5-SABAR
Perasan memujuk jiwa dengan keimanan.Merangkui sabar atas ketaatan dan sabar dalam menjauhi maksiat.

6-SYUKUR
Bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kesihatan,rezeki,kemudahan hidup,kurniaan pancaindera dan sebagainya.

7-IKHLAS DAN BENAR
Untuk mencapai ketingkatan ikhlas ini,amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasib akan dunia.

8-TAWAKAL
Tawakal ialah meletakkan penggantungan hanya pada Allah SWT setelah berazam.Seterusnya diikuti dengan usaha.

9-REDA DENGAN QADAK ALLAH
Segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diteeima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin.

10-MENGINGATI MATI
Sepintar-pintar manusia adalah insan yang mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itu orang yang bijaksana.