ASSALAMUALAIKUM....
TIPS NAK ELAKKAN BERAT BADAN MUDAH NAIK | Kali ni mama nak sharekan kat kawan-kawan bagaimana nak elakkan berat badan kita dari naik dengan cepat dan mendadak..cara ni mama sudah pun praktiskan kat hubby mama...alhamdullilah berat badan hubby dah turun dan sekarang ni masih maintainkan berat hubby supaya tidak boleh bertambah lagi berat badannya..doktor memang dah pesan kat hubby kena juga turunkan berat badan,kalau tak turunkan berat badan nanti akan timbul macam-macam lagi penyakit...dah semakin meningkat usia ni memang macam-macam penyakit mudah hadir..caranya senang saja bagaimana nak turunkan berat badan walaupun makan lebih pun berat badan tetap maintain begitu saja...hanya dengan cara pemakanan seharian dan senaman kita mampu mengurangkan berat badan yang kita inginkan...nak tahu tak rahsianya..? jomlah mama kongsikan caranya di sini..
Inilah gambar hubby mama 2tahun lepas..nampak tak betapa gemuknya hubby ketika ini...semakin umur meningkat semakin banyak penyakit yang mendatang..memang penyakit 3serangkai telah mula ada dalam diri hubby...ada darah tinggi,lemah jantung,kencing manis dan yang turut ada sekali adalah sakit buah pinggang...bila berjumpa doktor perkara pertama yang doktor syorkan adalah menyuruh hubby turunkan berat badan...atas nasihat doktor maka proses untuk menurunkan berat badan hubby kena juga dilakukan...segala makanan yang mama sediakan untuk hubby adalah mengikut seperti menu untuk orang berdiet..semua menunya dah disediakan mengikut jadualnya...jadi mama just sediakan setiap hari menunya ikut apa yang diajarkan dan dengan usaha yang gigih berat hubby dapat diturunkan...berat mulanya 98kg turun sehingga kini  dan sekarang berat hubby hanya 68kg saja...bayangkan betapa banyak berat hubby dapat diturunkan dengan menu harian yang mama tetapkan untuk hubby..
Senaman memang kena juga dilakukan walaupun menu makan seharian dah ditetapkan...hubby mama hanya lakukan senaman mengayuh basikal ni selama sejam untuk membakar lemak dibadan dan ianya dapat menghilangkan sebanyak 400 kalori di badan..itulah rutin hubby setiap hari sehingga sekarang...
Sekarang ni penggunaan beras pun perlu dititikberatkan,untuk hubby dia memang perlu makan beras Taj Mahal Herba Faiza ini kerana hanya dengan beras inilah berat badan hubby mama maintain tiada kenaikkan berat badan lagi...walaupun agak kurang sedap rasa beras ni tapi ianya memang mampu mengurangkan kencing manis dan kenaikkan berat badan kita.Bagi orang biasa memang akan terasa kurang sedap bila menggunakan dan memakan beras ini tapi tips mama kalau nak bagi ada selera bila memakan beras ni adalah semasa memasak beras ini lebihkan sedikit airnya jadi kita tidak akan terasa sangat bila memakannya...bila makan akan rasa seperti menggunakan beras yang biasa saja....
Inilah jadual pemakanan yang doktor sediakan untuk hubby supaya penyakit buah pinggang hubby mama tidak menjadi semakin teruk lagi...semuanya kena diambil separuh-separuh saja...dengan amalkan jadual yang teratur alhamdullilah kali terakhir checkup tempohari penyakit buah pinggang hubby,kencing manis,jantung dan darah tinggi semuanya kembali normal...jadi doktor nasihatkan hubby agar teruskan apa yang hubby lakukan dan cara pemakanan senaman setiap hari..semoga hubby mama akan terus sihat dan tiada lagi masalah penyakit 3serangkai tu lagi..selepas ini memang kena jaga setiap pemakanan harian hubby...In sha Allah 

p/s kesihatan diri memang perlu kita jaga selalu...