ASSALAMUALAIKUM...
MAJLIS BERTUNANG ANAK JIRAN | Majlis bertunang anak jiran mama ni berlangsungnya pada 19 Jan yang lepas...mama tumpang gembira juga ni, rasa dah macam anak sendiri yang bertunang...masing-masing dah ada anak yang meningkat dewasa,jadi tunggu masa dan ketikanya la bakal menerima menantu...
Kali ni anak jiran sebelah kanan rumah mama ni...inilah pertama kalinya En.Zul dan Pn.Rin mengadakan majlis pertunangan anak perempuan sulungnya..
Yang ini bukan mak pengantinnya yer tapi seorang lagi jiran baik mama, jiran rumah sebelah kiri pulak..alhamdullilah kiri kanan dapat jiran yang baik dan prihatin sangat...secara kebetulannya kami bertiga ni sama-sama mempunyai nama suami yang sama...jadi kalau ada orang yang mencari En.Zul pasti masing-masing akan bertanya Zul yang mana satu,sebelah kiri En.Zul Ina,sebelah kanan pula En.Zul Rin dan mama pula En.Zul Mas..sederet kami berjiran ni dapat nama hubby yang sama...
Inilah jiran yang baik yang tinggal disebelah kiri dan kanan rumah mama..yang bertudung purple itulah mak pengantinnya..selepas ini kami berpakat menunggu turn anak jiran yang tengah tu pula...
Sebelum keluar untuk menjamu selera kami sempat berposing dengan bakal pengantinnya...cantik orangnya bila dah siap disolek...semoga kekal jodohnya sehingga ke jinjang pelamin pula...
Selamat bertunang Aaina..
Seronok bila lihat Aaina dah bertunang awal,walaupun usia Aaina sama dengan anak mama yang bongsu tu tapi jodoh Aaina sampai lebih awal...
Bermacam-macam menu yang disediakan oleh tuan rumah pada hari tu ada nasi beryani,kuih muih,bubur pulut hitam,cendol dan macam-macam lagi...semua menu yang disediakan memang sedap-sedap belaka,menu biasa untuk majlis kenduri kawin disediakan buat santapan para tetamu..
Sempat bergambar bersama anak-anak jiran mama ni...cantik manis anak dara Cik Ina ni....mungkin lepas ni turn rumah Cik Ina ini pula bakal terima menantu..in sha Allah..

p/s seronok dapat jiran tetangga yang baik dan prihatin ni...