ASSALAMUALAIKUM...
HUJAN EMAS NEGERI ORANG HUJAN BATU NEGERI SENDIRI | Selamat berkhidmat untuk negara buat anak saudaraku Mejar Ismanizam...anak saudara mama ni sebenarnya telah terpilih dan telah pun selamat sampai di Morocco pada awal bulan Januari yang lepas...sekarang ini beliau telah pun memulakan tugasnya di Morocco selama 1tahun..

 Beliau akan berkhidmat di Morocco dibawah PBB mewakili Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB.

 Bersama-sama teman sepejuangan yang berkhidmat di sana...
 Selamat sampai di Morroco...
 Walaupun cuaca panas di sana tapi tetap sejuk juga kata beliau...masa mula-mula berada di sana terasa juga kurang sihatnya sebab perubahan cuaca yang berlaku...jadi lama kelamaan badan dah mula dapat menerima keadaan perubahan cuaca dipersekitaran...
Selamat berkhidmat untuk negara wahai Mejar Ismanizam semoga terus mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia.

Sedikit info tentang PBB
PBB adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang telah ditubuhkan di San Francisco California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua.
Keahliannya terbuka kepada semua negara di dunia.Matlamat pertubuhan ini adalah untuk mengelakkan pertikaian yang hebat,menegaskan hak asasi manusia dan hormat undang-undang antarabangsa.