ASSALAMUALAIKUM...
Dugaan Di Awal Tahun 2019 | Inilah dugaan diawal tahun untuk anak mama...pada 8 Januari yang lepas,anak mama mengalami kemalangan di Nusa Bestari Gelang Patah..kemalangan itu berlaku semasa anak mama pulang dari bekerja kira-kira jam 6.45ptg...malang tak berbaukan bila-bila sahaja jika dah tertulis maka ianya akan berlaku tanpa diduga..siapa kita untuk menidakkannya..
Tak tahu la nak kata apa sebab bila tengok gambar kereta tu buat jantung mama dup dap dup dap..selagi tak nampak muka anak selagi itulah tak senang duduk dibuatnya...kejadian berlaku dengan tiba-tiba..nasib baik anak mama tidak mengalami kecederaan yang teruk dan anak mama masih dapat menghubungi mama setelah kemalangan itu berlaku.
Nasib baik ada ramai yang datang menolong anak mama setelah kemalangan itu berlaku,bayangkanlah kereta itu terbalik dah macam naik roller coaster dibuatnya..nasib baiklah ketika memandu anak mama memakai tali pinggang kalau tak memang lagi teruk kecederaannya,berkemungkinan anak mama boleh tercampak keluar dari kereta..nak keluar dari kereta tu pun terpaksa keluar dari pintu belakang..pintu-pintu yang lain semuanya sudah tak boleh dibuka lagi...nasib baik ramai orang yang membantu dan menolong membukakan pintu belakang... 
Setelah kejadian kemalangan itu anak mama memang trauma nak memandu kereta sekarang ni...mungkin akan mengambil masa lama sedikt untuk pulih dari trauma tu..
Walaupun tiada kecederaan yang teruk tapi tetap bawa anak mama buat medical checkup,nak memastikan tiada apa-apa masalah yang teruk nanti.Terdapat juga sedikit kecerderaan dan sedikit bengkak di tulang selangkanya..

p/s Benda dah nak jadi redha jer la dengan ketentuan dariNYA...