05 December 2018

# review Kambing Golek Johor

KAMBING GOLEK FROZEN SEDAP DI JOHOR

ASSALAMUALAIKUM..
Kambing Golek Frozen Sedap Di Johor | Bila sebut kambing golek ni semua orang suka makan kan, lebih-lebih lagi kalau ada kenduri kawin yang menyediakan kambing golek, memang meriahlah kawasan kambing golek tu...beratur tetamu nak merasai menu kambing golek ni,hati-hati tau,dalam nak merasa kambing golek tu, jangan sampai tergolek sudah la yer...


Mama kurang sedikit bila sebut bab-bab makan kambing ni tapi bukan tak makan yer cuma tak makan banyak pun,ala kadar saja...biasanya kalau di rumah mama ni hubby dan menantu mama yang paling suka makan kambing golek ni...mereka lebih suka makan yang dibakar atau grill saja...


Kebetulan mama diberikan kesempatan merasai sendiri Kambing Golek Johor ini jadi kenalah merasai juga dan terima kasih pada blogger
Dilah sebab sudi hantarkan kambing golek ni ke rumah mama...bila dah sampai ke tangan mama, mulalah tekak ini ingin merasai keenakkan kambing golek Johor ni...apa lagi jomlah kita menggrill..nak mudah mama letakkan jer dalam air fryer jer, setkan masa dan time dan tunggu saja kambing golek tu siap dimasak.. 


Dah pun siap kambing golek yang telah mama masakkan dalam air fryer tadi,jomlah kita merasainya...dalam setiap bekas kambing golek ini telah siap disediakan dengan sos black paper jadi tak perlulah kita nak membuat sosnya lagi, just curahkan jer sos di atas daging kambing golek tu..memang sedaplah rasa kambing golek Johor ni, tiada rasa hamis pun..memang mama syorkan pada sesiapa yang berhajat hendak mengadakan majlis bolehlah menggunakan khidmat dari Kambing Golek Johor ni...pasti puas hati akan rasa kambing goleknya...


Kambing Golek Johor ( No Perniagaan : JM0799704-H ) mula beroperasi awal tahun 2015 di johor bahru. Kami menyediakan perkhidmatan katering kambing golek, kambing panggang dan kambing perap untuk majlis perkahwinan, pertunangan, aqiqah, hari jadi, majlis keramaian dan sebagainya.

Hidangan istimewa yang amat menyelerakan ini dipanggang 100% menggunakan arang kayu berkualiti dan akan di masak di tempat majlis anda berlangsung. Kemudian, ianya akan dipotong secara professional di dihidangkan berbuffet kepada para tetamu.

Perapan kambing sehari sebelum majlis kami buat dengan resipi istimewa ini akan menghilangkan bau hamis kambing dan ianya amat sedap dan menyelerakan dihidangkan kepada para tetamu untuk apa jua majlis.

Kambing yang kami gunakan juga adalah dari kambing yang berkualiti diimport dari New Zealand, Australia dan juga di ladang ternakan tempatan. Kami menjaga kualiti hasil masakan tersebut agar ianya dapat memberikan kepuasan kepada para pelanggan.

Kawasan yang kami akan hidangkan adalah di sekitar Johor Bahru, Skudai, Kempas, Tampoi, Kulaijaya, Larkin, Pasir Gudang, Permas, Tiram dan Kota Tinggi. Namun kami juga boleh ke mana-mana lokasi. Ianya tertakluk kepada jarak dari pusat kami di johor bahru. Sekiranya terlalu jauh, caj tambahan akan dikenakan.

Keistimewaan Kambing Golek Johor
1-Pakej Yang Murah
Perapan yang sempurna selama sehari sebelum majlis dan dibakar menghasilkan aroma menarik.

2-Daging Yang Lazat
Daging kambing panggang kami tidak berbau dan lembut dimakan.

3-Servis yang Pantas
Pakej dihidangkan secara live di tempat majlis diadakan.

4-Produk Yang Diyakini
Kerana produk kami telah diakui oleh orang ramai.

5-Menu Yang Berbagai
Banyak pilihan menu yang disediakan oleh kami.

6-Efisyen Dan Efektif
Sangat mudah berurusan dan berbaloi

7-Produk Yang Lengkap
Pakej termasuk kelengkapan buffet,pinggan ,sudu dan garfu polisteren.


Kalau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut atau nak berhubung terus dengan pemiliknya bolehlah terus ke 


Waktu Bekerja 
Ahad - Khamis : 8.00am - 10.00pm
Jumaat - Sabtu : 10.00am - 8.00pm
Hp No : 011 3773 5976 ( Call / Whatsapp)

12 comments:

  1. sedapnya kambing golek frozen ni kan mama....rasa nak pi repeat order lagi kat dia

    ReplyDelete
  2. malam ni jugak dilah grill kambing golek.. haha

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap tu mama..sayangnya SA sedang pantang..baru2 ni warded sebab darah tinggi...ikutkan kambing bukan penyebab darah tinggi tapi SA saje tak nak ambil risiko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer la betul tu SA...makan mmg kena pantau..

      Delete
  4. Kalau pegi kenduri kahwin, ada kambing golek ni, mesti kejar dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 tu...semua nak mkn kambing golek kn...

      Delete
  5. waaa sedapnyaaa.. cece air liur ni.. •„•

    ReplyDelete