ASSALAMUALAIKUM...
Lazada 11.11 Festival Membeli Belah Jualan Sehari Terbesar Di Lazada | Wah !! siapa yang tak suka bila dengar ada promosi dan diskaun bila nak membeli belah...memang pantang dengar ada jualan murah dan diskaun ni lebih-lebih lagi bila shopping online ni...klik-klik jer dah dapat apa yang kita inginkan tanpa berjalan dan berpenat..lebih mudah mencari kalau nak membeli secara online ni..11.11 tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua yang suka bershopping di talian online saja...apa lagi save date tu yer dan jangan tunggu lagi bila dah sampai tarikh...jualan besar-besaran di Lazada Malaysia ini diadakan hanya untuk sehari sahaja tau...


Mama pun salah seorang yang kaki shopping online juga ni tapi membeli barangan yang perlu saja sebab nak elak pembaziran...cara apa barang yang memang diperlukan tu barulah bershopping...Di Lazada ni memang pelbagai jenis barangan dan produk yang ada dijual...kalau untuk wanita seperti mama ni memang sukalah membeli produk di bahagian perkakas keperluan rumah saja..jomlah kita bershopping,cari barang mana yang berkenan di hati dan juga bolehlah cuci mata melihat apa yang menariknya...bila dah ada barang yang berkenan bolehlah dipilih masuk ke dalam 'troli" kemudian sampai tarikh 11.11 terus jer buat pembayarannya...lebih mudah dan senangkan sebab tarikh 11.11 itu adalah promosi besar-besaran melalui kempen 11.11 Shopping Festival untuk semua rakyat di Malaysia..save dan ingat yer tarikh 11 November 2018.

3 produk yang ingin mama beli semasa sempena Lazada 11.11 Shopping Festival yang akan berlangsung pada 11 November 2018 tersebut ..

1- VIVA HOUZ ASDA WING CHAIR/SOFA (RED)


Bila dah klik dan tengok memang rasa semuanya nak dimasukkan dalam 'troli'...tapi masih beringat lagi dan beli mana yang perlu jer yer...sebenarnya dah lama idam nak beli wing chair ni tapi masih tak kesampaian lagi...bila dah godek kat sini harganya pun memang berbaloi sangat...saja nak beli wing chair ni sebab nak buat rumah mama ceria sedikit...


2- MF DESIGN GRACE METEL BENCH CHAIR (WHITE)
Kalau tadi wing chair untuk letak kat dalam rumah kali ini mama cari pula kerusi untuk letak kat taman kecik depan rumah mama ni pula...nampaknya macam design baru ni..nampak cantik dan kena sangat dengan tema taman mama untuk kerusi berwarna putih ni..memang sesuai sekali dan mungkin mama akan letakkan bantal kat atas kerusi tu nanti...bolehlah deko apa yang perlu nanti...


3-NAVA 3 TIERS BATHROOM AND TOILET ORGANIZER SHELVES RACK
 Rak ni mama beli untuk letak kat bilik air di rumah mama ni...nampak kemas kalau susun barangan keperluan bilik air di atas ni nanti...tak perlulah nak letak rak yang kecil-kecil di dalam bilik air tu lagi...godek-godek cari harga yang paling murah sekali..


4-PANALUX WAFFLE MAKER MACHINE PSM-305
Barang yang last ni adalah permintaan dari anak mama..teringin nak buat waffle sendiri kat rumah katanya...cari harga yang paling murah juga ni...lepas ni dah boleh buat waffle sendiri di rumah dan tak perlu nak beli kat luar lagi...jadi ini saja rasanya yang mungkin jadi pilihan bila Lazada Sale ni...

Memang seronokkan kalau dapat bershopping atas talian ni,bila-bila masa boleh bershopping,banyak masa di rumah dan tak perlulah nak keluar bersesak-sesak di luar...klik jer dan pilih barang yang disukai,tunggu di rumah Lazada pasti akan hantar barang kita terus ke depan pintu rumah...memang rasa puas hati bila terima barangan yang di pesan di rumah kita nanti.

Ingat yer date 11.11 Shopping Festival ni...