29 November 2018

MEET & GREET - DATO' SRI SITI NURHALIZA

November 29, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
INFO : Visit Johor

Sesi Meet & Greet bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza
Buat peminat tegar Dato' Sri Siti Nurhaliza, inilah peluang anda untuk berjumpa Dato' Sri Siti Nurhaliza dengan lebih dekat sempena Sesi Meet & Greet bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza bertempat di Butik Creacion Johor Bahru, Bandar Baru Uda pada 1 Disember 2018 ini!
🗓 1 Disember 2018 (Sabtu)

📍 Butik Creacion Johor Bahru (6-G, Jalan Padi Emas 1/2, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru) 
 12.00 Tengahari - 1.00 Petang


Facebook Page Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza (Link), 

Instagram Creacion & Simplysiti by Siti Nurhaliza (Link), 


ANGSANA HHP CAT SHOW 2018

November 29, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

INFO : VISIT JOHOR

Angsana HHP Cat Show 2018 


🗓 30 November 2018 (Jumaat)
📍 Plaza Angsana Johor Bahru 
⏰ 11.00 Pagi - 3.00 Petang 
☎️ 07 - 235 1420 (Puan Norain) 



Register Fee, 
RM40 
*Maksimum 80 kucing shj 



Facebook Page Angsana Johor Bahru Mall (Link), 



Instagram Angsana Johor Bahru Mall (Link), 


PAMERAN KAHWIN JOHOR 2019 "THE MOROCCAN WEDDING STYLE"

November 29, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
 INFO : VISIT JOHOR

Jom memeriahkan "Pameran Kahwin Johor 2019" dengan bertemakan "The Moroccan Wedding Style" bertempat di Angsana Johor Bahru Mall bermula pada 11 Januari hingga 20 Januari 2019 (Promosi selama 10 hari sahaja) dengan harga pakej mampu milik untuk bakal pengantin dari pakej sederhana hingga pakej eksklusif
Pelbagai aktiviti menarik buat anda seperti ‘Bridal Marathon Fashion Show’ dengan koleksi Moroccan Wedding, Pertandingan Mengikat Samping, Pertandingan Si Cilik “Little Miss & Mr Bollywood”, Pertandingan Solekan Pengantin Cantik Moroccan, Fashion Showcase dari andaman dan juga persembahan BOOM-BOOM BY JOHOR ALLSTARZ. Selamat merancang perkahwinan korang!
🗓 11 Januari 2019 – 20 Januari 2019
📍 Angsana Johor Bahru Mall, Jalan Tampoi, Pusat Bandar Tampoi, 81200 Johor Bahru
☎️ 012- 703 3455 / 07 - 238 6879
 10.00 Pagi - 10.00 Malam

Facebook Page Juz Zarith Innovation (Link), 

Instagram Juz Zarith Innovation (Link), 
Juz Zarith Innovation (Link),

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor


POPULAR MEGA BOOK FAIR @PERSDA JOHOR

November 29, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
INFO : VISIT JOHOR

Popular Mega BookFair@ Persada Johor

Khas buat ‘Popular Member Card’ jom ke Popular Mega BookFair@ Persada Johor pada 30 November 2018 – 9 December 2018. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan untuk anda. Have fun nanti!

🗓 30 November 2018 – 9 December 2018 
📍 Persada Johor Bharu
⏰ 10.00 Pagi – 10.00 Malam

Sumber Posting (Link),
https://bit.ly/2qYPRYo

Facebook Page Popular Book Co (M) Sdn Bhd (Link),
https://www.facebook.com/popularmalaysia/

Instagram [@popularmalaysia]

Ikuti [@johorevent] di Twitter & Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini event sekitar Johor

#JohorEventDec #PopularBookMalaysia

27 November 2018

7 AKTIVITI PRODUKTIF SEMASA CUTI SEKOLAH

November 27, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

7 Aktiviti Produktif Semasa Cuti Sekolah

1-Bersukan bersama rakan-rakan
2-Beriadah bersama keluarga
3-Belajar kemahiran baru contohnya bahasa asing
4-Membaca buku ilmiah
5-Lawatan sambil belajar ke tempat-tempat bersejarah seperti muzium
6-Menyertai Kem Cuti Sekolah atau Perkhemahan Ilmu
7-Menonton dokumentari

p/s selamat bercuti sekolah buat adik-adik semua...


TIPS KILATKAN KUALI LAMA SEPERTI BARU

November 27, 2018 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Tips Kilatkan Kuali Lama Jadi Seperti Baru | Masalah kaum ibu-ibu di dapur, memang masalah kalau nak menanggalkan kerak kat kuali lama ni..mama pun mengalami masalah yang sama..setelah lama kuali digunakan ianya akan jadi semakin lama semakin berkerak dan hitam..kalau sikit boleh jugalah disental dengan berus dawai yang biasa tapi kalau dah lama dan tebal pulak keraknya semakin susah la nak ditanggalkan kerak kat bontot kuali ni...puas mama dah mencuba bermacam-macam petua dan cara tapi masih juga tak berhasil..kali ni hubby pula yang berikan cara bagaimana nak membersihkan kuali dan bontot kuali tu menjadi seperti baru dibeli semula dengam cara yang mudah dan senang..nak tahu macam mana hubby mama lakukannya,jomlah kita lihat bagaimana caranya di bawah ni..
Inilah alatnya yang hubby mama gunakan untuk menghilangkan kerak di bontot kuali mama ni..hanya belikan berus yang begini di kedai saka Eco,harga pun murah dan berbaloi tapi hati-hati yer dengan dawai berusnya yang tajam ni...beli satu jer dah boleh diguna berulang-ulang kali..
Bila dah beli berus dawai ni,letakkan jer di muncung drill tu..pasangkannya seperti kita memasangkan batang besi untuk kita gunakan untuk mendrill batu kat dinding tu...ketatkan seperti biasa agar berus dawai tu kuat bila nak digunakan..pastu bolehlah onkan suiz dan mulakan operasi pembersihan...

Ambillah semua kuali yang hitam-hitam kat dapur tu dan jomlah kita mulakan operasi satu persatu menjadikannya kuali lama tu seperti baru semula...habis kesemua kuali hitam lama, mama keluarkan...jenuh juga hubby nak bersihkannya satu persatu semalam...

Haa ni dia kesemua kuali mama yang dah siap dibersihkan..macam mana okay tak...pada mama okay la ni daripada rupa kuali mama yang lama tu...semuanya telah dilakukan oleh hubby mama...kalau mama memang tak terlarat nak memegang kuali tu sambil membersihkan bontot kuali tu..

Macam mana kawan-kawan nampak seperti kuali baru tak..?sedap sikit mata mama memandang kuali ni bila berada di dapur...nak gunakan pun nampak macam kuali baru..puas hati sangat dengan modal RM2.10 dapat beli berus dawai kat kedai eco,mama sudah boleh mendapat kuali lama mama jadi bersih seperti baru jer..kalau kawan-kawan yang ada masalah macam mama ni bolehlah mencuba melakukan cara seperti hubby lakukan di atas tu yer...okay selamat mencuba tips dari mama ni..



Jomlah tengok video semasa hubby mama bersihkan kerak kuali tu...


25 November 2018

CAROUSELL LAUNCHES REGIONAL #PRELOVEDWITHLOVE DONATION DRIVE

November 25, 2018 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

Malaysian Drive to Benefit
Ti-Ratana Welfare Society


Carousell, one of the world’s largest and fastest growing classifieds marketplaces, will be organising a preloved item donation drive for selected charities across its seven markets, with Ti-Ratana Welfare Society chosen for Malaysia.

“Our community is an integral part of Carousell. We understand the important role community members can play in contributing and giving back to the society. #PrelovedwithLove is a movement to inspire Malaysians to champion this cause of giving back to the less fortunate. We also want to encourage Malaysians to donate their pre-loved items instead of just disposing them, Carousell is the classifieds marketplace to make it happen,” said Tang Siew Wai, Country Head of Carousell Malaysia.

He adds that the objective of this drive is to highlight the needs of the home beyond the requirements of funds, as well as an excellent opportunity to declutter unused items as well as bringing the Carousell community together for a good cause.

Alongside personalities such as supermodel Amber Chia, comedian Kavin Jay and singer Bihzhu, the Star Wars Malaysia Fan Club, and the KL Book Appreciation Club have also pledged to donate pre-loved items, toys, LEGO bricks and many more to Ti-Ratana Welfare Society. In addition, they will be visiting the home for a fun-filled day with games and cosplay activities as well as presenting their donated items.

Ti-Ratana Welfare Society, a community service society was set up in the spirit of compassion to both serve and provide shelter, education and care to the underprivileged members of the community. It is also a voluntary, not-for-profit, non-partisan and non-denominational organisation offering a wide scope of community services.


Members of the public who are interested in participating in the campaign can list their items on Carousell with the hashtag #PrelovedwithLove tagged with an RM0 price tag. Members of the Ti-Ratana Welfare Society will select the items needed from the listings.

For more information and to participate in the campaign, visit https://my.carousell.com or download the Carousell app on Apple Store or Google Play Store.

Campaign Details:
Date: Saturday, 1 December 2018 – Tuesday, 25 December 2018

ALYAH - JUTAAN PURNAMA

November 25, 2018 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM.

JUTAAN PURNAMA (ALYAH)

Sayangku Bangun oh sayangku Sedarkan dari lena mimpimu Aku masih perlukan dirimu Sayangku Bukalah matamu Lihat diriku masih menunggu Kesatkan air mataku~ Maafkan kerna ku takut,kehilangan dirimu Taruhkan jutaan purnama Kan setia diriku bersamanya Mencintanya, hingga ke akhirnya Akhirnya Sayangku Bangkit oh sayangku Mari menari seperti dulu Hilang arah, ku tanpamu~ Maafkan kerna ku takut,kehilangan dirimu Taruhkan jutaan purnama Kan setia diriku bersamanya Mencintanya, hingga ke akhirnya Taklukkan Hatiku padanya Lanji setia aku bersamanya Mencintanya, hingga ke akhirnya.. Teruskan jalan ku mencintainya Sampai nanti jasadku terbeku Dan ternyata, Abadi cinta Kita selamanya Kau jutaan purnama Kan setia diriku bersamanya Mencintanya Hingga ke akhirnya Taklukkan, hatiku padanya Janji setia aku bersamanya Mencintanya, hingga ke akhirnya.... Janji setiaku padanya Bersamanya, mencintanya Hingga ke akhirnya AKHIRNYA...

WAKTU TERDESAK JANGAN PANIK ADA PENYELESAIANNYA

November 25, 2018 6 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Waktu Terdesak Jangan Panik Ada Penyelesaiannya | Hari minggu biasanya kaum ibu-ibu pasti nak memasak menu istimewa jadi jangan risau kalau kehabisan gas sebab jalan penyelesaian ada di rumah.Pada ibu-ibu yang ketiadaan benda ini memang kenalah beli satu untuk simpanan dimasa terdesak macam ni..hari ni jadual masak mama sepatutnya free sebab ada jemputan kawin tapi memikirkan anak yang request menu ni jadi kenalah masakkan sedikit untuknya...lagi pulak anak mama yang bongsu tu hendak mengikut kakaknya ke Singapura hari ni untuk menghantar suaminya ke airport Cangi untuk terbang balik ke Dubai setelah bercuti seminggu..

Bila memikirkan nak keluar berjalan tu,jadi masakkan juga menu yang diminta supaya nanti tak terkempunan..risau juga kalau jadi apa-apa berlaku rasa bersalah pulak nanti...mintanya janganlah ada perkara buruk berlakukan..hati mak-mak ni memang sentiasa risau memikirkan anak-anak...moga dipermudahkan urusan anak-anakku hari ini..jomlah kita sambung cerita mama tadi... 
Bila kita sedang memasak dan kehabisan gas memang rasa macam frust sesangat,dahlah gas spare tiada dalam simpanan jadi nak masak cepat pun tak boleh..nasib baik ada jalan penyelesaiannya...bila fikirkan memang elok ada satu dapur induction ini dalam simpanan jadi bila kecemasan macam ni bolehlah digunakan. 
Inilah menu yang direquest oleh anak mama 'daging masak merah'...masa gas habis tadi daging masih berada di dalam kuali jadi terpaksalah pindahkan ke periuk yang perlu digunakan untuk dapur induction ni...
Dah siap gorengkan daging tu sekejap,tumiskan pula cili..
Tengok tu suhu dapur induction tu asyiklah bertukar-tukar..Kita adjust jer kalau nak cepat kuatkan kalau nak slow turunkan jer suhunya...mudah dan pantas kan...
Haaa.. tu dia dah siap pun menu daging masak merah dari dapur mama ni...menu simple dan mudah sangat...kalau nak resipinya tunggu entri selepas ni yer..okay kita jumpa lagi...

p/s selamat berhujung minggu..jom pi kenduri kawin...




24 November 2018

FESTIVAL JLAND HOT AIR BALLOON

November 24, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM..



 Wow! Kali pertama di Bandar Dato' Onn! 

Jom ramai-ramai meriahkan Festival JLand 2018 ini dan rasai pengalaman menaiki belon udara panas ini! 

Tarikh : 14-16 Disember 2018
Masa : 10 pagi - 10 malam
Tempat : Tapak Ekspo (Berhadapan AEON Mall Bandar Dato' Onn)

#FestivalJLand2018

23 November 2018

AYAM BRAND™ LANCAR LAMAN e-CHARITY UNTUK MANFAAT KOMUNITI SUMBANG 358,920 HIDANGAN SIHAT MENERUSI KEMPEN TAHUNAN PEKA KOMUNITI 2018

November 23, 2018 2 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Mahu menderma kepada badan kebajikan atau menyumbang kembali kepada komuniti, tetapi merasakan sumbangan anda terlalu kecil untuk memberi perubahan? Kini Ayam Brand™, jenama kegemaran rakyat Malaysia selama 126 tahun yang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin berkualiti menjadikan usaha itu lebih mudah buat anda dengan pelancaran laman web: Ayam Brand e-Charityhttps://www.ayambrand.com.my/e-charity.htmlYa, dengan Ayam Brand™ semua orang boleh menyumbang kepada badan kebajikan.

Laman web Ayam Brand™ e-Charity dipercayai antara yang pertama seumpamanya dilancarkan di Malaysia dan diuruskan oleh pengeluar makanan. Ia bertujuan membolehkan lebih ramai orang membantu komuniti yang memerlukan menerusi kemudahan membuat pesanan secara dalam talian.

Ayam Brand menawarkan potongan harga runcit sebanyak 15% ke atas produknya dan menyediakan penghantaran percuma untuk menggalakkan orang ramai membantu 8 Badan Bukan Kerajaan (NGO) terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor. Semua NGO tersebut berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Jenama ini merancang mengembangkan program tersebut untuk melibatkan NGO di lebih banyak negeri. Laman web itu sudahpun tersedia dan orang ramai boleh memilih sebanyak mana produk Ayam Brand™ yang ingin mereka sumbangkan kepada organisasi berkenaan. Sumbangan minimum ialah satu karton.


Ayam Brand e-Charity dilancarkan pada acara akhir Festival Makanan Kanak-kanak Shat yang diadakan di Sunway Putra Mall pada hari ini. Ia merupakan sebahagian daripada CSR Ayam Brand™ yang sudah dijalankan selama 11 tahun berturut-turut. Secara kumulatifnya jenama ini telah menyumbang sebanyak 1,404,000 hidangan sihat bagi tujuan kebajikan yang memberi manfaat kepada hampir 20,000 orang dari 482 organisasi kebajikan dengan 358,920 hidangan telah diagihkan pada tahun ini.

Menurut Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed, semua orang harus mempunyai akses mudah untuk menderma. Platform seperti Ayam Brand e-Charity ini membolehkan orang ramai membuat sumbangan yang dengan lebih mudah.


“Makanan merupakan satu keperluan asas. Makanan berkhasiat sememangnya amat penting untuk kanak-kanak yang membesar dan warga emas. Namun, kanak-kanak dan warga emas di bawah jagaan NGO mungkin tidak mempunyai akses ke atas sebahagian hidangan seperti Omega-3 dan makanan yang kaya dengan protein misalnya tuna dan sardin yang penting untuk kesihatan fizikal dan mental mereka.

“Ayam Brand menawarkan makanan-makanan ini dalam bentuk bebas bahan pengawet dan tiada MSG tambahan. Kami berbangga kerana dapat menjadikannya lebih mudah diakses oleh orang ramai agar mereka boleh memberi makanan berkhasiat kepada golongan yang amat memerlukannya,” jelas Tunku Dato’ Mu’tamir.


Festival Makanan Kanak-kanak Sihat Ayam Brand™ bermatlamat memperkasakan kanak-kanak supaya memilih makanan menerusi aktiviti yang interaktif. Ia juga membantu mereka mengenal pasti kumpulan makanan, memahami saiz makanan serta membuat keputusan tepat kerana makanan boleh membentuk tubuh secara positif.  

Ayam Brand™ menyumbang produk-produk keluarannya kepada rumah-rumah kebajikan yang mengambil bahagian. Ia adalah sebahagian daripada acara tahunan ini. 

Setelah Malaysia dinamakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar obesiti paling tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di ASEAN dengan 23.7% daripada mereka mengalami masalah obes[1], program peka komuniti ini diadakan tepat pada masanya. Obesiti boleh dikaitkan dengan cara pemakanan sejak kecil dan bagi kanak-kanak obes, mereka sela
lunya akan membesar menjadi dewasa yang obes. Faktor budaya juga memainkan peranan dalam permasalahan ini.

Mengulas tentang Festival Makanan Kanak-kanak Sihat, Pengerusi Ayam Brand™, Yang Mulia Tunku Dato’ Mu’tamir Bin Tunku Tan Sri Mohamed berkata, “Kanak-kanak dapat belajar dengan baik menerusi permainan. Justeru, Ayam Brand telah menganjurkan Festival Makanan Kanak-kanak Sihat dengan pelbagai bentuk permainan yang direka khas buat kanak-kanak agar mereka seronok ketika belajar bagaimana untuk memilih makanan yang betul. Kami harap kanak-kanak yang mengambil bahagian pada hari ini akan mengamalkan apa yang telah mereka pelajari dan berkongsi tips ini dengan rakan-rakan dan menyebarkan mesej mengenai makan secara sihat.”


Antara sesi bengkel yang dijalankan ialah ‘Yay or Nay’ di mana kanak-kanak belajar untuk mengenal pasti serta membezakan di antara pilihan makanan yang sihat dan tidak sihat, selain teka silang kata tentang manfaat Omega 3 dan DHA di bengkel ‘Crossword’. Di bengkel ‘Healthy Plate’ pula, kanak-kanak menentukan kuantiti kumpulan makanan berbeza untuk menghasilkan satu diet yang seimbang, manakala di bengkel ‘DIY’, kanak-kanak akan menghidang Nasi Lemak Tuna mereka berdasarkan apa yang telah pelajari.

Semasa event tersebut, Ayam Brand™ memperkenalkan Nasi Lemak yang lebih sihat, mudah dan cepat untuk disediakan yang menggunakan santan jenama ini. Di samping Light Tuna Cili sebagai sambal yang boleh diambil terus daripada tin bersama telur rebus dan timun segar untuk menjadi satu hidangan yang enak dan berkhasiat.

Yayasan Sunbeams Home, Pusat Jagaan Kanak-kanak Harapan, Rumah Impian PJ, Rumah Ozanam, Rumah Sayangan, Home of Peace, Rumah Bakti Nur Syaheera dan Rumah Kasih Harmoni dari Kuala Lumpur dan Selangor menerima bekalan makanan harian produk Ayam Brand selama dua bulan merangkumi ikan sardin, mackereltuna dan santan kelapa untuk semua kanak-kanak di bawah jagaan mereka.

Menurut wakil dari Yayasan Sunbeams Home, Pastor Victor, sumbangan produk Ayam Brand™ yang tidak mempunyai bahan pengawet atau MSG tambahan itu sangat dihargai kerana makanan tersebut sihat, pantas dan mudah disertakanke dalam diet harian mereka. 

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Ayam Brand™ kerana menjemput Yayasan Sunbeams Home untuk menyertai acara ini, selain menyumbang produk mereka yang mudah, berkhasiat dan enak. Kanak-kanak sangat seronok pada hari ini dan mereka belajar pelbagai tip nutrisi daripada bengkel-bengkel aktiviti.

“Kami akan menjalankan beberapa bengkel sama di Yayasan Sunbeams Home tidak lama lagi. Sebabnya, daripada apa yang dapat kami lihat pada hari ini, ia dapat membantu kanak-kanak mengamalkan tabiat makanan sihat sepanjang hidup mereka,” kata Pastor Victor.

Maklumat lanjut mengenai Ayam Brand™, sila layari laman web www.ayambrand.com.my atauhttps://www.facebook.com/AyamBrand.Recipes.


DARWISY KE SEKOLAH DENGAN KASUT BARU PALLAS

November 23, 2018 24 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Darwisy Ke Sekolah Dengan Kasut Baru Pallas | Darwisy satu-satunya cucu lelaki mama akan mula memasuki kelas tahun satu pada tahun hadapan 2019.Teruja sangat Darwisy bila nak ke sekolah dengan memakai kasut barunya dari jenama Pallas Jazz ini..rasanya kasut sekolah yang berwarna putih,lebih lagi nampak kemas dan menarik bila dipakai oleh Darwisy.Kasut sekolah berwarna putih tetap menjadi pilihan pertama mama Darwisy manakala kasut hitam ini mama Darwisy beli sebagai kasut tambahan saja, oleh itu mama Darwisy tetap akan memilih kasut sekolah jenama Pallas ini untuk Darwisy pakai semasa sesi persekolahan Darwisy pada tahun hadapan nanti.
Kasut Pallas adalah merupakan satu jenama kasut yang sudah bertahan lama di pasaran..Kasutnya memang mempunyai kualiti yang baik,selesa dan memang tahan lasak.Memang kasut sekolah jenama Pallas ni adalah pilihan yang terbaik buat Darwisy dan yang paling penting ianya mudah dipakai dan bergaya.
Bagi kanak-kanak tahun 1 seperti Darwisy ini memang memerlukan kasut sekolah yang selesa untuk mereka mudah bergerak aktif semasa di sekolah nanti.Di bawah nanti ada mama sertakan cara bagaimana pemilihan saiz kasut yang betul untuk anak-anak kita, Kasut sekolah jenama Pallas ni, ianya extra light dan ringan saja memang sesuai sangat untuk anak yang bergerak aktif dan yang paling penting ianya mudah untuk dipakai.
Walaupun pemakaian kasut hitam ini masih belum dikuatkuasakan sepenuhnya tapi mama Darwisy tetap akan memilih kasut putih untuk Darwisy pakai ke sekolah nanti dan kasut berwarna hitam ini pula akan digunakan sebagai kasut tambahan untuk Darwisy.
Disiplin diri untuk membersihkan kasut sekolah putih memang perlu diterapkan dalam diri anak-anak kita sejak dari awal lagi..jadi bermulanya sesi persekolahan 2019 nanti, Darwisy perlu belajar sendiri untuk membersihkan kasut sekolahnya di setiap hujung minggu bagi memastikan kebersihan kasut itu apabila memakainya...yang paling menariknya tentang kasut sekolah jenama Pallas ini adalah, ianya amat mudah untuk dicuci dan lebih cepat keringnya dan yang paling penting kasut sekolah Pallas ini mempunyai sistem pengudaraan yang boleh membuat kaki bernafas semasa mereka berada di sekolah dalam waktu yang panjang.
Di bawah ni mama sertakan sekali info tentang pemilihan saiz kasut sekolah yang sesuai untuk anak-anak kita..lakukan seperti di gambar rajah di bawah ini...
1-Letakkan kedua-dua tapak kaki,luruskan sebaiknya dengan tumit dan sisi kaki menyentuh tepi kertas kemudian lukiskan jejak kaki menggunakan pensil.
2-Tandakan X dihujung kedua-dua kaki terpanjang seperti dalam gambar diatas.
3-Letakkan titik pengukuran ditepi bawah kertas.
4-Lukiskan garisan serenjang dari titik X ke titik ukuran penguasa untuk mengenal pasti panjang kaki anda.Kami mengesyorkan agar menambah 1cm ke panjang yang diukur untuk mengenal pasti saiz kasut yang bersesuaian.
Lihat gambar rajah diatas jika panjang kaki anda diukur ialah 26cm,anda adalah disarankan supaya menempah saiz kasut dengan panjang 27cm supaya kaki anak-anak boleh bernafas dengan selesa dalam waktu yang lama di sekolah nanti.



#pallasmalaysia #backtoschool #loveyourfeet


20 November 2018

19 November 2018

CARA MENCUCI KEMALUAN YANG BETUL

November 19, 2018 5 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Cara Cuci Kemaluan yang Betul | Kali ni mama nak share apa yang mama baca kat group whatsapp kaum ibu-ibu ni...Bila dah baca dan fahamkan mungkin kita kekadang ada yang terlepas pandang tentang keperluan dan bab-bab mencuci kemaluan ni...jangan kata mama nak berlucah kat sini yer sebab mama hanya ingin berkongsikan info yang ada ini buat semua...share dari group whatsapp...Ingat kawan-kawan lakukanlah dengan sebaik-baiknya jika tidak mahu disiksa oleh malaikat di alam kubur nanti... 



CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BETUL

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar. Bersih belum berarti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

As Sayyidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata:

”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeda caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

LELAKI:

Selepas membuang air kecil, disunnahkan berdehem tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali dengan menggunakan tangan kiri, sehingga tiada lagi air kencing yang tertinggal dalam saluran.
Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.

WANITA:

Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukkan sedikit jari tengah tangan kiri dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, karena hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

SANGAT PENTING

Begitu juga sewaktu akan membasuh air besar (berak), jari-jari tangan kiri yang akan dipakai membersihkan sebaiknya diolesi dengan sabun, terutama dibahagian kukunya. Kemudian sangat penting juga untuk memasukkan satu jari ke dalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dgn air hingga terasa najis benar2 telah hilang dan bersih.

Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama2 kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/ hadas besar).

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala", aamiin 3x YRA...

Jangan Lupa mari kita SHARE ilmu yang bermanfaat yang perlu kita amalkan bersama ... 
Wallahu a'lam...