ASSALAMUALAIKUM...



RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR MERSING


1. Projek ini dibawah naungan Yayasan Sultan Ibrahim - sebahagian daripada usaha Keluarga Diraja Johor dalam meringankan beban rakyat

2. Yayasan ini akan melantik pengurus projek dan kontraktor untuk mereka dan membina unit rumah mengikut spesifikasi Tuanku

3. Projek ini akan menjadi satu projek yang tidak melibatkan keuntungan

4. Rakyat turut akan menerima kemudahan dewan serbaguna, taman, kedai dan motel. Ia dibina dan dibiayai oleh DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor

5. Proses pemilihan yang ketat akan dilaksanakan dan disahkan melalui sistem komputer daripada UPEN

6. Jawatankuasa pemilihan terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri dan ahli-ahli lembaga Yayasan Sultan Ibrahim

KRITERIA PEMOHON YANG TELAH DITETAPKAN OLEH DYMM SULTAN JOHOR

1. Pemohon perlu terdiri daripada rakyat Johor

2. Pendapatan seisi rumah di bawah RM5,000

3. Bukan anak sulung atau anak tunggal

4. Tidak pernah memiliki hartanah sendiri sebelum ini

5. DYMM Sultan Johor mahu pengagihan yang adil kepada seluruh kaum Melayu, Cina dan India. Baginda mahu membina semangat kemasyarakatan

CIRI-CIRI RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR

1. Rumah teres satu tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air

2. Harga seunit bermula daripada RM70,000

3. Rumah teres dua tingkat berserta tiga bilik tidur dan dua bilik air

4. Harga seunit berharga bawah daripada RM200,000