ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Ayam Masak Itam Simple Dari Mama| Menu yang anak-anak request kat mama hari minggu lepas...dah lama mama tak masak menu ayam itam ni bak kata anak-anak mama...disebabkan ada permintaan mama buatkanlah juga menu ni...kesian kat anak-anak kalau tak dimasakkan nanti takut kempunan pulak kan...rasanya memang tak sampai hati mama untuk membiarkan anak-anak tak dapat makan...susah pun tetap masakkan untuk anak-anak....bila mereka happy makan dengan menu yang mama masak memang terasa bangganya kerana kepuasan memasak dapat kita rasa bila anak-anak dan hubby seronok menikmati apa yang mama masakkan untuk mereka...okaylah jom kita lihat resipi mudahnya di bawah ni...


Bahan-bahan yang diperlukan
Ayam 
Kicap pekat
Sos tiram
Halia(hancurkan)
Bawang putih(hancurkan)
Hirisan bawang 
Daun bawang (utk hiasan jika ada)
Serbuk perasa

Cara Memasaknya
1-Bersihkan ayam..ambil sedikit halia dan bawang putih yang sudah dihancurkan tadi,gaulkan pada ayam tadi bersama kicap pekat sehingga rata dan perapkan sejam..lebihan halia dan bawang putih hancur tu boleh digunakan untuk menumis sosnya nanti...
2-Panaskan minyak dan goreng sebentar daging ayam yang sudah diperapkan tadi.Goreng sebentar dan jangan biarkan daging ayam tu sampai terlalu garing sangat yer...
3-Bila dah cukup masak angkat dan toskan daging ayam tadi.
4-Tumiskan bawang putih dan halia yang telah hancur dahulu...biarkan sekejap dan masukkan sedikit air...masukkan sekali sos tiram,kicap pekat,serbuk perasa dan kacau sosnya perlahan-lahan...garam tak perlu sebab sos tiram dan kicap pun rasanya dah cukup masin..
5-Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan kacau rata...masukkan sekali hirisan bawang besar dan daun bawang...Ayam masak itam siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan menu yang lain juga...Selamat mencuba semua...