ASSALAMUALAIKUM..
Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah Rm6 Juta Di Asia Tenggara | "Ucapkan Dengan Bunga!" Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang.Bayangkan,betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancanga penghantar semudah di hujung jari.


Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah,titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu,Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga sernadah RM89 sahaja.Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka,Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran keseluruhan negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia,termasuk di Sabah dan sarawak.Dengan rangkaian meluas seperti itu,tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilohan utama pelanggan yang turut menikmati perjimatan menerusi penghantaran secara percuma keatas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima.Malah,pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka.

"Walaupun kami masih baru dalam perniagaan penghantaran bunga ini,Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama dalam industri ini.Dalam tempoh kurang dua tahun,kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5)kali ganda berbanding tahun lepas."kata Maximillian Lotz,Pengasas Flower Chimp.


Berikutan prestasi memberansangankan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian,Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuk Asia Venture Group (AVG),sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik.Syarikat yang sama turut membuat pelaburan  dengan lain seperti iMoney,Happy Fresh dan iPrice.''Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuk Vietnam,Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019," tambah Lotz.


Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri pernigaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina,di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesenan."Dalam masa yang sama,kami menjalankankajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka."kata Frassa.


Kata Frassa lagi."Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial,kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkataan berkaitan teknologi.Kami yakin,dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4)2018 hingga ke Suku Keempat (Q4) 2019,Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia,Singapura,Indonesia dan Filipina."



Mengenai Flower Chimp
Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman,Maximillian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara.Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia,mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang pernigaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian.Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma keseluruh negara.Sejajar dengan peningkatan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungan kepada pasaran yang semakin berkembang.

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com.Sila hubungi Jabatan Perhubungan Awam kami menerusi emel : pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit +6013 - 886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.

Hubungi kami :

Flower Chimp di Malaysia
Laman sesawang :  https://www.flowerchimp.com/
Facebook :  https://www.facebook.com/FlowerChimpMY/
Instagram : @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Laman sesawang :  https://www.flowerchimp.co.id/
Facebook : https://www.facebook.com/FlowerChimpID
Instagram : @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Laman sesawang :  https://www.flowerchimp.com.ph/
Facebook :  https://www.facebook.com/FlowerChimpPH/
Instagram : @flowerchimp.ph