02 July 2018

# kawin n hantaran

KESIBUKKAN MELANDA SELAGI BELUM SELESAI MAJLIS

ASSALAMUALAIKUM....
Kesibukkan Selagi Belum Selesai | Memang sibuk sangat mama sekarang ni selagi majlis tak selesai..biasalah kalau ada kenduri kawin macam ni...selagi tak selesai majlis ada saja benda yang perlu dilakukan...buat sikit-sikit dulu last minit baru buat all out semuanya...

Sibuk mama sekarang ni, buatkan gubahan hantaran untuk anak...tangan memang dah tak berseni tapi nak juga buatkan gubahan hantaran untuk anak mama ni...letak jer la janji cantik kejadiannya...
Keluarkan bunga telur ni letak siap-siap kat kakinya nanti bila telurnya dah siap direbus barulah masukkan dalam sarungnya bila dah dekat hari majlisnya nanti...
Dapat juga siapkan bekas hantaran untuk sebelah lelaki sekali...inilah bekas yang dah siap digubah dengan bunga tapi barang2nya masih tak diletakkan lagi...gubahan dari tangan mama yang tak berseni ni...dah hantar pun bekas hantaran ni kat sebelah lelaki dan yang lain-lain tu biarlah mereka siapkan nanti...
Contoh gubahan hantaran dari pihak perempuan untuk sebelah pihak lelaki...baru test cuba letakkan apa yang perlunya hanya tinggal nak letak barang dan kemaskan sedikit-sedikit jer...cukuplah dapat juga buat gubahan untuk anak dari tangan tak berseni mama ni...

p/s banyak yang perlu dibuat lagi...

3 comments:

  1. cantik dah tu.. buat sendiri rasa puas hati kita nak susun macam mana kan dah yang lebih penting sangatla jimat =)

    ReplyDelete
  2. bestnya keje kawin..rindu nak buat keje2 camni..ujung bulan ni adik saya pulak kawin..hihihi

    ReplyDelete
  3. Tahniah mama nak dapat menantu..")

    ReplyDelete