ASSALAMUALAIKUM...
Dugaan Sebelum Majlis Anak Kali Ini | Majlis anak sulung dulu pun ada dugaannya kalau yang nak tahu tekan sini... tak sangka majlis yang kedua ni pun masih ada dugaan yang perlu mama hadapi...kali ini hubby,mama dan anak yang bongsu pula pula yang hadapi sakitnya..hubby tak sihat kesihatannya..dah beberapa kali asyik diserang sesak nafas jer ni...risau juga dibuatnya takut serangan jantung secara tiba-tiba memandangkan majlis kawin anak ni dah tinggal beberapa hari jer lagi...
Mama pun alami sakit juga tapi bukan penyakit yang sama dengan hubby,mama mengalami sakit dipergelangan siku tangan kiri ni...nak angkat benda berat rasanya macam dah tak larat sebab kesakitan...biarkan dulu sakitnya dan mama masih tak buat check up kat klinik memandangkan kesakitannya masih boleh dicontrol...nak buat kerja pun kenalah hati-hati supaya sakitnya tak melarat terus...selagi tak settel majlis memang risau semua benda.. bermacam-macam perasan risau bermain di minda mama sekarang ini...fikirkan hubby,fikirkan sakit sendiri,sakit anak dan majlis kawin ni...
Anak yang bongsu pula sakit kat bahagian pinggang,itupun mama risau juga sebab masih muda lagi dah sakit macam ni...dulu pun dia pernah 2kali jatuh kat tempat kerja dan accident semasa nak pergi kerja dulu...mama takut effectnya baru sekarang terasa...mama dah bawa anak ke klinik checkup dulu...doktor cuma bagitahu berkemungkinan ada slip-disc tapi doktor bagi ubat dulu dan pantau beberapa hari jika masih tak kurang sakitnya terpaksalah bawa anak ke hospital besar juga untuk buat x-ray...besar juga dugaan sebelum majlis mama kali ini...berharap sangat Allah dapat bagi kekuatan pada mama untuk hadapi semuanya dengan mudah dan tenang...
UJIAN ITU TANDA ALLAH MASIH SAYANG PADA HAMBANYA..
Dalam hadis Qudsi Allah berfirman :
"Pergilah pada hambaKU lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana AKU ingin mendengar rintihannya"
(HR Thabrani dari Abu Umamah)

p/s hadapi semuanya dengan hati terbuka...