07 June 2018

# resepi masakan

RESIPI SIAKAP 3 RASA

ASSALAMUALAIKUM...
Siakap 3 Rasa | Menu berbuka puasa hari ke 21...lama dah tak makan ikan siakap 3 rasa ni jadi hubby request suruh mama masak salah satu menu feveretnya ni...maka digagahkan juga misi mencari ikan siakap ni...akhirnya semalam singgah di Mydin Mutiara Rini terjumpa ikan siakap ini dijual dengan harga RM8 seekor...tak cerita banyak terus ambil seekor untuk menu Siakap 3 Rasa ni...jomlah kita tengok resepinya di bawah ini yer...kalau korang nak mencari menu untuk berbuka bolehlah mencubanya hari ini...

Bahan-bahan yang diperlukan untuk menggoreng ikan
-Ikan Siakap
-Tepung jagung 
-serbuk perasa knorr
-serbuk kunyit
(gaulkan kesemuanya kat ikan dan digoreng)

Bahan-bahan untuk sosnya..
10 biji cili padi
bawang besar potong dadu
Bawang putih 
Tomato potong dadu
Cili benggala potong dadu
sedikit nenas potong dadu
halia dihiris
Sos tiram
sos cili
Sos ikan
Sos masam manis
daun limau
bunga kobis
serai
daun bawang untuk hiasan
garam,gula,serbuk perasa
minyak

Cara-Cara memasaknya..
1-Ikan digaulkan dengan serbuk kunyit,garam,serbuk perasa knorr dan tepung jagung dan digoreng hingga kekuningan..angkat dan toskan minyaknya.
2-Gunakan minyak gorengan ikan tadi dan tumiskan bahan-bahan cili padi,halia,bawang putih,serai yang dititik sedikit dan biarkan sehingga garing kemudian masukkan sos cili,sos tiram,sos ikan dan sos masam manis.
3-Gaulkan kesemuanya dan perasakan dengan garam ,gula dan serbuk perasa.Kalau tak suka letak gula biarkan yer..Bila dah cukup rasa letakkan sedikit air ke dalam kuali.
4-Masukkan bahan-bahan yang telah dipotong dadu tadi tomato, bawang besar,cili benggala,nenas dan bunga kobis.Kacau dan gaulkan kesemuanya.
5-Setelah mendidih kuahnya angkat dan tuangkan kuah sosnya di atas ikan siakap yang telah digoreng tadi.Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.Siap untuk dihidangkan bersama dengan menu yang lain juga.
Selamat mencuba semua...

Resepi Berkaitan
  1. Ikan Siakap 3 Rasa
  2. Siakap 3 Rasa
  3. Resipi Siakap 3 Rasa




6 comments:

  1. Salam ramadhan dari Ibu, singgah blog walking blog sis maszul. Sedapnya, berbuka makan ikan 3 rasa

    ReplyDelete
  2. Selamat berbuka puasa sis. Mama doakan malam ni kita semua dapat kekuatan bangunkan malam ganjil di 10 malam terakhir ramadhan. Amin

    ReplyDelete
  3. Waaa sedapnyaa, pepagi masuk sini, kemain terliur...

    ReplyDelete
  4. sedapnya mama.lbertambah sedap kalau mak yang masakkan
    JanjiKita

    ReplyDelete