28 June 2018

# syawal 2018

RAYA KE 2 | FAMILY DATANG BERAYA

ASSALAMUALAIKUM...
Syawal Ke 2 Family Datang Beraya | Pada raya ke 2 yang lepas adik beradik, anak saudara cucu-cucu saudara telah singgah beraya ke rumah...Nak jadi kisah raya ke 2 ni mama telah mengalami gastrik sakit perut...mungkin makan menu raya yang berempah banyak sangat agaknya tu yang perut jadi meragam...bila dengar ramai nak datang hubbylah yang mengambil alih tugas di dapur memandangkan mama sakit perut...Hubby masak jer la apa yang ada hari itu...kebetulan ada stok ayam kampung dalam peti ais jadi hubby rebus dulu menggunakan pressure cooker dan setelah itu hubby buatkan menu ayam kampung masak lemak cili padi jer...Alhamdullilah bertambah-tambah nasi kesemuanya....itu jer yang mampu hubby sediakan selain kuih muih yang ada...tak.sangka menu hubby jadi kesukaan tetamu yang hadir tempohari...memang clear kesemuanya nasi dan menu masak lemak ayam kampung yang hubby masak tu...tak sia-sia hubby berpenat lelah memasak bila semua memuji kesedapan menu ayam kampung masak lemak hubby...alhamdullilah walaupun itu saja menu yang dapat disediakan tapi tuan rumah berasa lega sebab tetamu yang datang dapat menjamu selera dengan puas hati....thumps up buat hubby mama sebab jadi chef terbaik hari tu...
Nak juga tepek gambar kami berdua pada hari raya pertama...raya pertama beraya berdua saja sebab anak pertama beraya di rumah mentua dan anak kedua dan ketiga bekerja di hari raya...itulah cerita raya mama dan hubby pada tahun ni...kalau panjang umur in sha Allah dapatlah kita berjumpa di tahun hadapan...

p/s busy tapi tetap nak update cerita raya...

12 comments:

  1. Assalamualaikum dan salam Jumaat ibu ucapkan. Apa khabar sis. Ramai tetamu kan

    ReplyDelete
  2. ehhhh nak pi beraya umah mama~~~!

    ReplyDelete
  3. Mama singgah blog walking di petang Jumaat. Keluarga besar dan rapat memang seronok

    ReplyDelete
  4. Salam sabtu dari Mama, sambung raya lah hari ni

    ReplyDelete
  5. Ibu singgah bertamau di hari sabtu,

    ReplyDelete
  6. Selamat bercuti di hujung minggu, Ibu singgah blogwalking pagi ahad di blog sis. Raya ke 14 pun masih ramai lagi sis?

    ReplyDelete
  7. Selamat pagi, nice sharing sis

    ReplyDelete
  8. Selamat pagi isnin, Ibu datang bertandang ke blog sis

    ReplyDelete
  9. nak beraya rumah mama jugak,tapi tak taulah bila dapat pergi ni...

    ReplyDelete
  10. Selamat pagi Ibu ucapkan, rabu mendatang sudah

    ReplyDelete
  11. alahai, cian mama.. selamat hari raya mama..")
    amalkan minum esp mama utk hilangkan sakit gastrik..

    ReplyDelete