03 June 2018

# kisah anak

JPJ UTC | HIDUPKAN LESEN MEMANDU ANAK

ASSALAMUALAIKUM...
JPJ | Hidupkan Lesen Memandu Anak | Pagi semalam setelah menghantar anak ke tempat kerja terus ke sini...anak minta tolong hidupkan lesen memandu dia yang dah mati bulan April lepas...bayangkan selama sebulan ni bawa kereta tanpa lesen memandu rupanya...tak teringat nak hidupkan lesen pada tarikh lahir yang lepas katanya..kalau tak ditanya memang memanjanglah bawa kereta tanpa lesen memandu...nasib baik tak ada roadblock kat mana-mana kalau tidak tak memasal kena saman..
Sampai jer tadi kat UTC orang dah ramai menunggu..ambil nombor pun jauhnya lagi...terpaksa juga menunggu giliran dengan sabar...

Tempohari anak dah nak renew kat pejabat pos tapi terbantut sekejap sebab sistem pejabat pos down...kerani pejabat pos tu dah siap-siap tebuk lubang kat lesen tu tapi tak boleh hidup juga...
Jadi hari ni selepas hantar anak pi kerja terus ke UTC tolong hidupkan lesen memandu anak mama ni...nasib baik proses bagi setiap orang yag datang ke sini dapat dilakukan dengan cepat, walaupun sekejap tapi sejam lebih jugalah duduk disini menunggu giliran sampai...

p/s betul ke nak ambil lesen skg umur mesti 25 tahun..?

No comments:

Post a Comment