28 June 2018

# IKEA

CERITA SEBELUM RAYA KE IKEA

ASSALAMUALAIKUM...
Cerita Sebelum Raya Ke IKEA | Kalau nak raya ni memang ada jer benda yang terasa kurangnya..salah satu tempat yang dituju adalah ke Pasaraya IKEA...sebenarnya sibuk sangat nak cari bendalah yang macam dalam gambar kat bawah ni ala troli kecik ni..masa ada offer kat Giant tempohari tak dapat nak beli sebab kehabisan stok...jadi kenalah juga pergi cari kat IKEA...nak memudahkan kerja di hari raya, letak bekas kuih,gelas kat sini jer...
Dapat juga satu bendalah ni, mama nak sebut namanya pun tak reti..
Hubbylah yang jadi tukang pasangnya..kenalah bantu mana yang sepatutnya...
Siap juga akhirnya proses pemasangan troli kecik ni..senang nak letak cawan dan bekas kuih kat sini..
Satu lagi barang yang disambar kat Ikea tempohari adalah tingkat tempat letak barang Lerberg ni...
Proses pemasangan diteruskan lagi...hubby jugalah yang sibuk memasangkannya dan mama jugalah yang jadi pembantunya...
Akhirnya siap juga proses memasangnya...dah boleh letak barang apa yang perlunya...

p/s sibuk sekarang ni nak siapkan dulang hantaran anak...

2 comments:

  1. Assalamualaikum selamat pagi dari Mama, seronoknya shopping

    ReplyDelete