29 May 2018

# DIY

DIY SUSUN ATUR SEMULA DAPUR KECIK TANPA KC

ASSALAMUALAIKUM...
Diy Susun Atur Semula Dapur Kecik Mama | Dah semakin nak raya ni macam-macam nak diubahsuai bukan apa atleast adalah perubahan sedikit untuk raya tak seperti hari yang biasa...mama ni memang tak habis dengan ubah suainya jer...tiada yang menarik pun kat bahagian dapur mama ni sebab dapur yang kecik ni hanya boleh diubah sedikit saja sebab ruang dapur mama ni kecik dan terhad...kalau ramai-ramai berada di dapur mama ni mula bergesel bahu la jawabnya...jadi buatlah mana yang mampu jer..
Rasa macam dah jemu dengan susunan yang lama ni...jadi buatlah sedikit pertukaran tempat letak susunan barangan yang ada di ruangan dapur mama ni...
Tu dia bila dah diangkat berlambak semua barangan sebelum disusun semula...bila dah punggah semuanya nak susun balik memang kena amibil masa sikit nak susun satu persatu semula...inilah dia kalau dapur tak ada kc...susun jer la kat mana yang dirasakan okay...
Dah alihkan susunan ke sebelah sini akhirnya...inilah kerja grandma yang asyik dok alih mengalih perabot yang ada di dapur ni...itupun kalau rajin sangat nak mengalih tapi kalau datangnya penyakit M memang biarkan jer la...

Okaylah dah siap alihkan mana yang perlu janji berubah tempatnya...dapur orang lama jadi susunan pun ikut cara orang lama juga la...janji mata sendiri sedap memandangnya..mana yang kurang ubah jer la sikit-sikit...

p/s bersyukur dengan apa yang ada..

1 comment: