ASSALAMUALAIKUM...
DIY Pemasangan Kipas Comel | Cuti pada minggu lepas mama bawa cucunda ke Pontian...saja jee mama bawa mereka jenjalan sebab kesian kat die orang ni asyiklah terperuk jer kat rumah semenjak mama die orang dalam berpantang ni...kalau dah ke Pontian tempat wajib singgah adalah tempat hubby bekerja...lawat kawasan walaupun masih bercuti lagi...
Menghala balik kami bawa die orang ni singgah ke MR.Diy...kalau dah menyinggah ke sini ada saja yang berkenannya...dapat juga beli kipas comel ni..harga satu dalam RM 27.90 sahaja..ada 2 jenis kipas ni, satu lagi jenis boleh di klip tapi harganya lebih murah la sedikit...
Keluarkan barang di dalam kotak kipas ini untuk pemasangan...
Pasangkan bilah kipasnya satu persatu...hanya masukkan sahaja ke dalam lubang yang telah disediakan...
Siap juga proses memasangkan bilah kipasnya...
Sediakan batang paip pvc untuk memasukkan wayar ke dalamnya...siap dengan cangkuknya sekali...
Siap juga proses hubby memasukkan wayar ke dalam batang paip pvc tersebut...tunggu gantung kat bahagian atas syiling tu pula...anak menantu yang buatkan bila bab memanjat ni sebab hubby tak berapa sihat...
Proses membuat wirering ke plag pula...anak menantu yang buatkan semuanya...
Akhirnya siap juga proses pemasangan kipas comel di kawasan garden seconet mama ni...ada jugalah rasa anginnya kalau duduk di bahagian bawahnya...cukuplah rasa anginnya buat hilangkan rasa panas sedikit...okay bye..

p/s beberapa hari lagi kita akan bertemu bulan ramadhan...