ASSALAMUALAIKUM...
Tijani Motors Kedai Kereta Import Terpakai Pertama Di Pontian | Bila sebut kereta import ini pasti kita akan terbayangkan kereta mewah yang berharga beratus-ratus ribu ringgit..berfikir juga dua tiga kali kalau nak membeli kereta import berharga mahal macam ini tapi sekarang ini masih ada juga kereta import yang masih boleh dibeli dengan harga yang berpatutan...
Pada malam Jumaat yang lepas ahli JDT Blogger telah di undang ke Majlis Perasmian & Kesyukuran Tijani Motors Sdn Bhd ini...majlis bermula jam 8.30 malam dan dihadiri oleh tetamu jemputan VIP serta rakan-rakan media yang lain.
Tijani Motors Sdn Bhd ditubuhkan pada tahu 2013 dan sebelum ini ianya dikenali sebagai Tijani Transport Sdn Bhd.

Di inspirasikan oleh "Misi Dekad Baharu Johor" yang telah diilhamkan oleh YAB Menteri Besar Johor dalam merealisasikan Visi Johor Berkemajuan,Tijani Motors Sdn Bhd (ahli kumpulan Gemilang Zamrud Sdn Bhd) melangkah setapak lagi dengan memulakan perniagaan di dalam industri automotif.

Penubuhan Tijani motors adalah untuk menjadikan salah sebuah perniagaan automotif terutamanya dalam kategori kereta terpakai yang dimiliki oleh usahawan Bumiputra iatu Datuk Haji Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah bersama rakan niaga beliau Yamud Enterprise.

Tijani Motors bakal menjadi pemangkin dalam industri usahawan automotif import terpakai di daerah Pontian dan seterusnya akan meneruskan visi ke seluruh negara.
Di antara jemputan VIP yang hadir pada malam perasmian ini..
Ucapan alu-aluan dari Pengarah Urusan Tijani Motors Datuk Haji Mhd Tahir Bin Haji Mohd Noah di Majlis Perasmian Pembukaan Kedai Kereta Tijani Motors Sdn Bhd.
Majlis Perlancaran Tijani Motors Sdn Bhd telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato IR Hj Hasni Bin Hj Mohammad (Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya,Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor)

Antara perkara yang dinyatakan dalam ucapan beliau 
"kerajan negeri telah menyediakan 5 ekar tanah di Utara Pontian ini untuk dijadikan gelanggang track lumba kereta dan motor..Selepas ini diharap anak-anak muda dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah dengan adanya track lumba kereta dan motor ini Ianya juga akan dapat mengelakkan gejala masalah lumba haram..In sha Allah"
Majlis menandatangani dan merasmikan Tijani Motors Sdn Bhd.
Antara wakil VIP yang hadir pada malam tersebut dari kiri YDP Pontian Hj Kamalludin Bin Haji Jamal, Pengarah Urusan Tijani Motors Datuk Hj Mhd Tahir, Pengerusi JawatanKuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Negeri Johor YB Dato IR Hj Hasni Bin Haji Mohammad ,Ketua Polis Pontian Superintenden Mustafa Bakri Salleh dan akhir sekali adalah Pengarah Urusan Yamud Enterprise Datuk Syed Zulrushdi Bin Syed Abd Rahman.
Jom la kita cuci mata melihat kereta-kereta import baru dan terpakai di sini...
 



Pada yang ingin berkunjung di Tijani Motors Sdn Bhd ini memang mudah lokasinya...Kedai ini berada di persimpangan 4 Bandar Pontian Kechil dan ianya berhadapan dengan Restoren MC Donald's.
Untuk keterangan lebih lanjut boleh hubungi

  En.Dzol : 013-685 4217
En.Fauzi : 010-7842879
 En.Ismail : 012-709 9908

Tel : 07-595 3752
Fax : 07-595 3753

Email : info.tijanimotors@gmail.com