JIRAN TETANGGA

Saturday, March 25, 2017

MUTIARA KATA #16

ASSALAMUALAIKUM...

Ciumlah Tangan IbuMu
 kemana pun kamu akan pergi 
kerana tangan itulah yang selalu menadah,
Mendoakan setiap Kebaikan untukmu...

p/s ingatlah duhai anak2ku...


HELLO KITTY THOMAS TOWN | PASS MURAH UNTUK WARGA JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...

Hello warga Johor !!! 
 Ada berita baik buat warga Johor semua...Hello Kitty dan Thomas Town akan mengadakan promosi tiket murah untuk semua warga Johor.Jangan ketinggalan yer untuk mendapatkan tiket dengan harga yang cukup berbaloi ini..tapi pastikan my kad tu memang orang Johor yer...

Kempen ini bermula pada 27March - 2April 2017 bertempat di Sutera Mall Johor Bahru.
Jom-jom kawan-kawan kita ke Sutera Mall untuk mendapatkan 2 tiket yang dijual dengan harga RM65 sahaja untuk warga Johor.
  
Pada kawan-kawan rakyat Johor yang teringin nak membawa anak-anak ke Taman Tema ini bolehlah mendapatkan tiket-tiket murah ini dengan segera...
tertakluk pada terma dan syarat..


Friday, March 24, 2017

PROMOSI PAKEJ UMRAH DARI FELDA TRAVEL DI MATTA FAIR

ASSALAMUALAIKUM...
 Sempena Matta Fair yang sedang berlangsung sekarang ini di Expo @ Danga City Mall,kumpulan Felda Travel juga sedang mengadakan promosi Pakej Umrah Budget serendah RM4,990.Ini adalah harga yang terbaik dari Felda Travel.Depositnya juga serendah RM1000.


Pakej Umrah Budget RM 4,990
-Deposit yang rendah hanya RM1000
-Syarikat yang diyakini

Tempat penginapan 
Hotel yang berdekatan dengan Masjid Nabawi Madinah (+-50m)
juga berdekatan dengan perkarangan Masjid di Makkah (+-400m)

Tempat ziarah yang lain
-Ke masjid,makam dan tempat sejarah Islam di Mekah dan Madinah


Selain Pakej Umrah Pakej Haji juga ada disediakan oleh pihak Felda Travel..
Pakej Haji ini ada 3 jenis pakej yang disediakan..

1-PAKEJ NUHASI (PAKEJ 43HARI)
 RM 26,990 - untuk 4 orang sebilik
Rm 28,990 - untuk 3 orang sebilik
RM 30,990 - untuk  2 orang sebilik

Penginapan DI Hotel Madinah ( Nozol Royal Inn 110m)
Hotel Makkah ( Barakah Mawaddah 450m)
*atau Hotel Setaraf (400m-450m) di Mekkah dan (100m-150m) di Madinah
*Khemah Mina Muaisim

2-PAKEJ FIDDI (43 HARI)
RM37,990 - untuk 4 orang sebilik
RM39,990 - untuk 3 orang sebilik
RM42,990 - untuk 2 orang sebilik

Penginapan di Hotel Madinah (Al Nokhba Royal Inn 100m)
Hotel Makkah (Seraya Ajyad / Anuar Deyafah 250m-300m)
*Atau Hotel Setaraf (250m-300m) di Mekkah dan (100m-150m) di Madinah
*Perkhidmatan Khas (650m dari Jamrah)

3-PAKEJ ZAHABI (PAKEJ 20HARI)
RM46,990 - untuk 4 orang
RM49,990 - untuk 3 orang
RM52,990 - untuk 2 orang

Penginapan di Hotel Madinah (Al Nokhba Royal Inn / Hilton 100m)
Hotel Makkah (Le Meridien 100m)
*Atau Hotel Setaraf (100m-150m) di Mekkah dan Madinah
*Perkhidmatan Khas (650m dari Jamrah)

Harga setiap pakej haji di atas adalah termasuk bayaran Haji jemaah haji PJH 1438H sebanyak RM9,075 yang akan didebit oleh Tabung haji (TH) daripada akaun Jemah haji di TH.


Banyak juga kelebihan pakej tambahan dan keistimewaan yang pihak Felda Travel sediakan... 

Kelebihan Umrah Felda Travel
1-Hotel yang berhampiran
2-Pengurusan yang cekap di Malaysia dan tanah suci
3-Makanan selera Asia di Madinah dan Makkah (disediakan oleh Felda D'Saji)
4-Bimbingan ibadah sepanjang berada di Tanah suci.
5-Syarikat yang kukuh dan dipercayai.

Untuk tempahan bolehlah hubungi :

Encik Azahari Roslan
Tel/Whatsapp/Sms : 012-6260756
Email : azahari.mr@feldaglobal.com


 p/s jom kita pi UMRAH dengan FELDA TRAVEL...

MUTIARA KATA #15

ASSALAMUALAIKUM...

Aku mengamati semua sahabat dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.
Saya memikirkan tentang semua pakaian,tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih daripada takwa.
Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik,namun tidak mendapatkan yang lebih baik,
Aku mencari segala bentuk rezeki,tapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.
(Khalifah 'Umar")


RANKING ALEXA BLOG MAMA #3

ASSALAMUALAIKUM.
Wah !! alhamdullilah semakin ada perubahan ranking blog mama ni...perubahan yang ketara sungguh..tak sangka boleh juga ada ranking blog mama kat Malaysia ni...kena kuatkan usaha lagi ni supaya boleh capai ranking yang lebih baik lagi...


Global Ranking 3,237,986
Rank in Malaysia 24,575
untuk info tekan sini...
Entri sebelum tekan sini..


p/s caiyok caiyok grandma...

DIY : PENUTUP VAKUM YANG PECAH

ASSALAMUALAIKUM....
Sayang nak dibuang sebab masih elok lagi fungsinya...dari terbiar hubby cuba buatkan sesuatu...hanya bahagian atasnya saja yang sudah pecah..susah nak menarik vakum ini bila hendak digunakan...hubby mama ni memang ada saja idea yang hendak dibuatnya....jom kita tengok apa yang akan terjadi seterusnya....



Tengoklah vakum mama ni memang dah nampak teruk sekalikan penutup bahagian atasnya tu...nak gunakan pun terpaksa tolak guna kaki..dah tiada pemegangnya...fungsi vakum ni masih baik lagi..hanya bahagian atasnya saja yang sudah pecah dan tiada tangkai untuk mengangkatnya...


Inilah idea hubby mama ni...abis satu persatu bekas besen kat dapur mama dicubanya...last sekali dapat juga basen yang sama saiz dengan bahagian atas vakum tu...Bila dah dapat bekas yang diperlukan ! bermulalah projek hubby mama ni....


Tadaaa !! Inilah dia ! apa yang jadinya...akhirnya siap juga diy penutup vakum mama yang pecah tu...ada saja idea hubby mama hari ni...Okay jugalah dari terbiar tak digunakan baik buat sesuatu yang boleh buat vakum ini dapat digunakan semula....


Akhirnya boleh juga digunakan semula vakum mama ni...tengoklah tu ! habis stiker dari lazada yang mama dapat hari tu digunakan oleh hubby...seluruh vakum penuh dengan tampalan stiker dari lazada tu...

p/s diy barang lama lg..


MOHON RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR SECARA ONLINE

ASSALAMUALAIKUM...
Sibuk sekarang ni rakyat Johor semuanya sedang mula memohon RUMAH IMPIAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM ni...pada yang ingin memohon jangan lupa dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan yer...

Antara syarat yang telah ditetapkan untuk mendapatkan rumah ini adalah..
1-Rakyat kelahiran Johor yang telah berumur 18tahun dan keatas
2-Taraf bujang atau yang telah berkahwin
3-Satu permohanan bagi setiap pasangan yang telah berkahwin
4-Pemohon atau pasangan yang masih belum memiliki rumah
5-Pendapatan isi rumah berdasarkan jenis rumah yang ditawarkan.


PROJEK RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR
1-BANDAR DATO ONN (CORONADE PROPERTIES SDN BHD)

Kategori
RUMAH IMPIAN SULTAN IBRAHIM
JENIS RUMAH : RUMAH TERAS 190 UNIT
                                          RUMAH BERKEMBAR  130 YUNIT
                                      RUMAH SESEBUAH 200 YUNIT

HARGA SEUNIT : RM 80,000-100,000

-Lokasi rumah ini strategik
-Dilengkapi dengan peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya.
-RM1 wang pendahuluannya
-Pinjaman bank 100% oleh BANK RAKYAT


2-BANDAR BARU MAJIDEE ( BANDAR BARU MAJIDEE DEVELOMENT SDN BHD)

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR (A)
JENIS RUMAH : STRAT 12 TINGKAT 2 BLOK 320 YUNIT
HARGA SEUNIT : KURANG DARI 150,000

-Lokasi rumah ini strategik
-Dilengkapi dengan peti sejuk, mesin basuh dan sebagainya.
-RM1 wang pendahuluannya
-Pinjaman bank 100% oleh BANK RAKYAT

3-BUKIT SAUJANA (MUTIARA S'CITY SDN BHD)

RUMAH IMPIAN BANGSA JOHOR(B)
JENIS RUMAH TBC - 1000YUNIT
HARGA SEUNIT : RM297,000-429,000

-Lokasi strategik berhampiran Pusat Bandaraya Johor Baharu
-Pinjaman bank 100% oleh BANK RAKYAT

Pada yang ingin memohon secara online bolehlah klik laman web di bawah ini..


MOTIVATION WORD #5

ASSALAMUALAIKUM...


p/s agree or not..


SALAM JUMAAT 24 MARCH 2017

ASSALAMUALAIKUM...

Rasulullah SAW Bersabda : 
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersuci sesuai kemampuan,
merapikan rambutnya,memakai minyak wangi lalu berangkat ke masjid tanpa melangkahi sesiapa kemudian solat sesuai tuntunan dan diam tatkala imam berkhutbah,nescaya diampuni dosa-dosanya di antara dua Jumaat.." 
HR : Bukhari


Thursday, March 23, 2017

SITI NORDIANA "TERUS MENCINTAI" [OFFICIAL MUSIC VIDEO]

ASSALAMUALAIKUM...
Jom layan lagu baru Siti Nordiana ni...sedap pulak dengar lagu ni..



Oh Kasih ku takkan hilang 
Bila kau ingat kepadaku
Oh cintaku tak akan pudar
Bila kau selalu disampingku

Rasa rinduku melayang-layang
Teringatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Rasa rinduku melayang-layang
Mengingatkan engkau seorang
Menyemai kasih di dahan cinta
Haruskah aku terus menangis

Mengapa rindumu padaku
Tak sebesar rasa sayangku padamu
Mengapa cintamu padaku
Tak bisa seluas lautan

Sungguh sungguh tak bisa
Menahan perasan yang 
Hidupku pada mu
Sungguh sungguh tak bisa
memaksa dirimu mencintaiku


FATTAS ANAS 2ND BIRTHDAY GIVEAWAY

ASSALAMUALAIKUM...
 FATTAS ANAS 2ND GIVEAWAY  

Jom kawan-kawan kita join giveaway dari blogger Dilah ini...
pada yang nak join klik banner di atas tu yer...
ikut jer syarat-syarat yang ada disertakan...
kalau berjaya ada banyak hadiah yang menarik disediakan untuk para pemenang giveaway ini...

Giveaway ini bermula dari 
23 March - 2 April 2017

p/s support kawan blogger...

ULANG TAHUN KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

ASSALAMUALAIKUM...

Daulat Tuanku !
 Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
 Sultan Yang Dipertuan Bagi Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim...

Kami semua rakyat Johor merafak sembah menjunjung kasih dan setinggi-tinggi tahniah
sempena
Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Tuanku 
Yang Ke 58.. 

 DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !


p/s rakyat di Johor bercuti hari ini...

Wednesday, March 22, 2017

RESEPI KETAM MASAK LEMAK BERNENAS

ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni mama nak bagi resepi lagi yer...masakan simple dan mudah...mudah ke resepi ni ! tak kisah la ! janji yang simple dan mudah itulah yang sedapnya kan...okay jom kita tengok apa yang perlu dibuat untuk resepi ini...



Bahan-bahannya...
ketam
serai (di titik)
daun kunyit
cili api
nenas
santan
asam keping
bawang kecil/merah
garam n serbuk perasa jika suka

Cara-cara memasaknya..
1-Bersihkan ketam...ikut suka samada nak potong 2 atau biarkan seekor saja...
2-Ambil cili api, kunyit hidup dan sedikit bawang...blanderkan semua bahan tadi sehingga lumat..kalau rajin boleh juga ditumbuk..
2-Masukkan kesemua bahan yang telah diblander tadi kedalam periuk...masukkan santan cair juga ketam tadi...masakkan diatas dapur..jangan biar santan berketul...
4-Kacau dan biarkan didih sedikit...masukkan nenas, daun kunyit, asam keping,garam dan serbuk perasa secukupnya...akhir sekali masukkan santan pekat..
5-Biarkan ketam masak sebentar...setelah masak bolehlah dihidangkan...
selamat mencuba semua...

MOTIVATION WORD #4

ASSALAMUALAIKUM...


p/s work smart don't work hard..



RUMAH IMPIAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM

ASSALAMUALAIKUM.
Hari ni semua rakyat Johor gembira menerima berita dari DYMM Sultan Johor tentang "RUMAH IMPIAN YAYASAN SULTAN IBRAHIM"ini..sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda..majlis pra pelancaran fasa 1 itu telah dilancarkan di Galerria Plaza Kotaraya Johor Baharu pada 2.30petang tadi...



Ribuan rakyat Johor sanggup bersesak dan menunggu semasa Majlis Pra Pelancaran Projek Skim Rumah Impian Yayasan Sultan Ibrahim Di Plaza Kota Raya petang tadi...


Sebanyak 1840 buah rumah akan dibina di sekitar Johor untuk dimiliki oleh rakyat Johor..Rumah-rumah itu akan dibina di Majidee, Bandar Dato Onn dan Bukit Saujana.




Projek Rumah Impian Bangsa Johor yang akan dibina di 3 kawasan di Johor..pada yang mahu memohon boleh memohon melalui online...



p/s bangga jadi bangsa Johor...

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

ASSALAMUALAIKUM...
Dah nama pun hutang kenalah bayar balikkan..! Jangan nak lari dari hutang ptptn ni tau..! buruk padahnya semua benda tak boleh nak buat ! nak pergi oversea pun tak lepas nanti...jadi sebelum nama diblacklistkan eloklah bayar dan settlekan hutang ptptn ni dulu...bila dah selesai baru lega semuanya...



Hari ni mama teman anak mama ke pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional ( PTPTN ) kat Bandar Baru Uda..nak bayar apa yang sepatutnya...tapi kali ini anak mama bayar melalui bayaran pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)..senang dah tak payah nak fikir lagi..settel masalah dengan PTPTN ni...


tunggu 2 atau 3 hari baru pihak KWSP akan menelefon semula...kemudian akan ke pejabat KWSP pula untuk sign apa yang sepatutnya...pastu settel semuanya..baru boleh senyum sampai ke telinga yer sebab hutang PTPTN dah selesai...

p/s ingat yer kalau nama dah blacklist nak buat apa pun susah...


WORDLESS WEDNESDAY #716...HATI DAN AMAL

ASSALAMUALAIKUM...

"ALLAH tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian,
 tapi DIA melihat hati dan amal kalian.."
NABI MUHAMMAD SAW''


LAZADA SURPRISE BOX MEMANG TERBAIK

ASSALAMUALAIKUM...
Haiii semua..mesti ramai dah tahukan bahawa lazada sedang meraikan ulangtahun ke 5th pada bulan March ini...ramai juga blogger yang dapat Lazada Surprise Box ini...mulanya macam frust juga sebab lambat dapat box ni..malas dah nak tunggu van courier ni..redha jer la ! kalau ada rezeki mama adalah..tup-tup petang tadi dapat juga box yang ditunggu ini..seronok juga jadi blogger ni kan semua dapat free..blogger la sangat kan..


Bila dah sampai mesti nak tahu apa isi dalam box ni kan...tapi sebelum itu mama nak ucap tahniah buat LAZADA MALAYSIA kerana telah menjadi salah satu platform e-dagang yang terbaik di Asia Tenggara buat masa sekarang ni...


Tengoklah ni Darwisy yang excited sangat sebab dapat barangan dari Lazada ni...inilah barangan yang terdapat di dalam box dari lazada ni...banyak barangan untuk kanak-kanak dan baby...walaupun mama dah tak ada anak kecil lagi tapi barangan ini boleh juga digunakan oleh cucuanda mama ni..jom kita tengok barangan dan produk yang mama dapat dalam surprise box tadi...


RM 145.00
Best juga dapat porridge cooker ni..Boleh juga mama gunakan nanti untuk membuat bubur untuk cucu mama...kalau teringin nak makan bubur nasi untuk diri sendiri pun boleh guna juga...


RM 42.90
Diapers ini baru pertama kali mama tengok..dah tak ada anak kecil tu yang kurang tahu..tengok kat portalnya boleh tahan jugalah harganya ni..bolehlah bagi cucu mama try pakai diapers GOON FRIEND ni nanti...saiz yang mama dapat tadi adalah saiz XL dan M..


RM 83.55
Produk ni terpaksa simpan untuk anak-anak bila perlu nanti..mama pun dah lama tak ada anak kecilkan jadi simpan juga dulu la yer...


RM52.50
Mula-mula Darwisy dah excited bila tengok baju ni...bila buka rupa-rupanya baju ni saiz kecil jer keciwa dia sebab tak boleh pakai...rezeki Damia la dapat baju Poney ni...bolehlah pakai masa raya nanti...


5-NOTED BOOK BOTTLE


 RM7.90
Bagus juga dapat baby wipes ni...kalau berjalan boleh letak dalam handbag untuk kegunaan sendiri..


Krim ni hubby dah tempah dulu...tak pernah guna tapi ramai yang cakap produk ni baik...


RM 79.00
Bolehlah buat photobook nanti...ada voucher percuma dari photobook ni..


RM17.90
Baby wash hair and body ni bolehlah digunakan untuk kegunaan seharian...baunya pun memang harum dan tak memedihkan mata...


10-STICKER DARI LAZADA...

Inilah 10 barang yang mama dapat di dalam #lazadasurprisebox dari Lazada ini...pada kawan-kawan jangan lupa sales LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE pada
22-24Mac 2017 ini...esok la harinya yer...jangan lupa semuanya dari LAZADA MALAYSIA..
Diskaunnya hampir 90% tau jangan lupa yer...

Terima kasih Lazada Malaysia dengan surprise box yang best ni...

p/s seronok dpt hadiah free ni kn...

Tuesday, March 21, 2017

MOTIVATION WORD #3

ASSALAMUALAIKUM...

WHEN YOU FEEL LIKE
QUITTING
THINK ABOUT WHY YOU
STARTED


p/s always think...


MUTIARA KATA #15

ASSALAMUALAIKUM...

''JANGAN MENILAI SESEORANG DARI LUARNYA SAJA,
BURUK DIMATAMU BELUM TENTU BURUK DIMATA ORANG LAIN,
KENALILAH SEBELUM MENGHAKIMI...''


p/s berprasangka baik yer...

DIY :PETI AIS LAMA JADI TEMPAT SIMPANAN BARANG

ASSALAMUALAIKUM...
Nak buang !! Sayangnya nak buang...ada sentimental value ni...dulu nak dapatkan memang susah rasanya...masa tu baru kawin jadi beli sedikit-sedikit barangan elektrik untuk bahagian dapur ni..peti ais inilah yang mula-mula dibeli...sebab dah tak larat nak beli lauk basah setiap hari..senangkan masa tu ! dah boleh nak letak stok lauk basah dalam peti ais ni...

Sebenarnya peti ais mama ni dah berusia awal setahun dari umur anak mama yang sulung tu..kiranya dah 31tahun umur peti ais ni...memang banyak kenangan manisnya...masih elok fungsinya tapi gasnya yang dah tiada..nak bawa pi kedai malas la rasanya..jadi dari dibiarkan terbiar mama diykan dia jadi almari simpanan stok barangan dapur jer....


Inilah peti ais lama mama yang dah lama usianya...jenama toshiba dan body luarannya masih elok lagi..dulu peti ais ni berwarna hijau tapi hubby dah catkan dengan color lain...kali ni nak catkan semula dengan color putih juga sama macam almari lama mama tu..biar semuanya sama color berwarna putih...


Inilah bahagian dalamnya masih elok walaupun sudah berusia puluhan tahun...awet muda betul peti ais ni...mama letakkan stok barangan yang perlu di dalam peti ais lama ni...


Semuanya ada botol cuka,kicap,madu,minyak zaitun,sos tiram...bahan buat kek pun ada sekali...semuanya mama letakkan di dalam peti ais lama ni...kiranya macam tempat letak stok barangan keperluan harian..


gula pasir,asam jawa,tepung gandum semuanya mama masukkan kesini...dalam botol tu mama letakkan stok rempah-rempah untuk kegunaan mama...

Macam mana kawan-kawan ! dah dapat idea tak..? kalau ada peti ais lama tu janganlah dibuang tau gunakan semula jer..jimat sedikit dari beli almari yang baru tu...


p/s barangan lama jgn dibuang jika masih elok lg...


GRANDMA ON PAPER

GRANDMA ON PAPER