08 November 2017

# kisah hubby

IKUT HUBBY LAWAT TAPAK PROJEK

ASSALAMUALAIKUM...
Cerita ahad lepas...lepas hantar anak ke tempat kerja kami terus ke Pontian Johor...hubby nak riki dan lawat tapak projek terbarunya...alhamdullilah nampak macam dah okay jer tapi masih belum siap sepenuhnya lagi kat kawasan ini...elektrik dan air masih belum ada lagi...kawasan semak tu masih belum ditarkan lagi...makan masa juga nak siap ni..in sha Allah minggu depan mungkin dah ada eletriknya...


Kawasan masih berumput dan berlalang lagi...dah mula suruh budak bersihkan kawasan ini...tapi sikit jer buatnya...kena tengok agaknya baru boleh buat kerja dengan elok...


Kontena ini mungkin akan digunakan sebagai office atas dan bawahnya...bawah office untuk staf dan kerani dan bahagian atasnya pula buatkan bilik bos...


Sempat juga hubby bergambar di sini...doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar yer...bila dah siap sepenuhnya mama up entri selanjutnya yer...bye semua...


p/s nak buat sesuatu memang perlukan masa...


6 comments: