21 November 2017

MACO CAFE & BAKERY

November 21, 2017 0 Comments
ASSALAMUALAIKUM...

 Bagi mereka yang suka kan kafe yang berkonsepkan bakery, Maco Cafe & Bakery memang dah ngam sangat dah dengan korang di mana kafe ni yang berada berdekatan dengan Sutera Mall
Maco Cafe & Bakery merupakan satu satu nya kafe di Johor Bahru yang membuat kek berkonsepkan yang dipanggil "Mille Crepe" bermaksud setiap cake yang dibuat adalah berlapis dan dibuat dengan penuh teliti supaya kualiti akan kekal dan mengikut citarasa tekak korang dan didatangkan dengan 20 pilihan kek. Koranng tinggal pilih je nak yang mana
So tunggu apa lagi? On tak on? Enjoy your desserts nanti!
📍No. 65 Jalan Sutera Tanjung 8/2, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai
🚗 [Waze] "maco cafe & bakery"
🚩Berdekatan dengan Public Bank, Tea Garden dan sederet dengan Amphawa Boat Noodle 
 1.00 Petang - 11.00 Malam (Dibuka Setiap Hari) 
☎️ 07 - 556 8490 / 016 778 8988

Menu yang korang patut cuba! 
1. Garlic Prawn Pasta
2. Chicken Pie 
3. Assorted Mille Crepe 
4. Mushroom Soup 
5. Mocha Ice Blended 
6. Hawaiian Pizza

Facebook Page (Link),

Instagram : [@macocb]









DIY | TAMPAL WALL PAPER TANGGA

November 21, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM..
Jengah sekejap ke rumah anak mama nak lihat perubahan tangga yang telah di tampal dengan wallpaper..tangga rumah anak hanya bersimen jer jadi nak nampakkan menarik mama suruh dia tampal dengan wallpaper berbatu ni...okaylah hasilnya bila dah siap projek menampalnya..jom kita tengok hasilnya...


Proses bermula dengan menampal tangga di rumah anak mama ni...jenuh menantu mama menyiapkan proses menampal wallpaper ni...anak mama memang dah tak larat nak membuatnya jadi dikerah menantu mama menolong membuatkan kerja menampal ni..


Nampaklah perubahan yang lain sedikit kat tangga rumah anak mama ni...tak lah nampak tangga tu bersimen jer kan...okaylah nampak menarik juga dengan wallpaper bentuk batu kecil-kecil ni...


Siap juga keseluruhan permukaan anak tangga ini ditampal dengan wallpaper dari kedai Eco jer...okaylah nampak menarik juga akhirnya...siap juga satu projek diy di rumah anak mama ni...

p/s kalau cat besi tangga tu pun cantik juga...

RUTIN PAGI JENGAH POKOK CILI

November 21, 2017 3 Comments
ASSALAMUALAIKUM...
Rutin pagi ni jengah pokok-pokok cili kat depan rumah ni...dah berbuah juga pokok cili ni...dapat juga merasa hasil air tangan tanaman sendiri...


Sambil menyiram pokok cili ni sambil jengah buahnya...dah ada yang dah besar jadi bolehlah di petik...dapat juga digunakan untuk buat sambal belacan nanti...


petik sedikit buah cili yang dah besar tu...


dapat juga segengam cili padi ni selepas dipetik..lepaslah kalau nak buat sambal belacan tengahari ni..tu lah yang seronoknya kalau dapat hasil dari tanaman kita sendirikan...berbudi pada tanah inilah hasilnya...


Tengok kat pasu ni ada pulak tumbuh pokok pegaga kat sini...tak tahu pulak bila tumbuhnya tup-tup ada juga keluar pokoknya dan tumbuh dengan sendirinya di sini...bagus juga ni..nak biarkan dia besar dulu baru nak di alihkan ke pasu yang lain nanti...


20 November 2017

OUTDOOR PRO-MALAYSIA BACKPACK

November 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


Bagi mereka yang suka kan aktiviti luar, kedai Outdoor Pro - Malaysia , Backpack , Deuter ni memang akan jadi port wajib korang singgah dan cari barangan hiking yang menjual jenama seperti Coleman, Deuter, Leatherman, Camelbak, Suunto, Buck dan bermacam lagi jenama lain
Jangan lepaskan promosi sempena cuti sekolah dengan diskaun sehingga 50% selama 5 hari bermula dari 24 November hingga 28 November ini bertempat di B-04, Blok A, Pekan Francais MARA Pulai, Taman Sri Pulai Perdana, 81300 Skudai, Johor. Selamat membeli barangan outdoor & have fun nanti!
📍 B-04, Blok A, Pekan Francais MARA Pulai, Taman Sri Pulai Perdana, 81300 Skudai, Johor
🚗 [Waze] "Outdoor Pro"
🚩 Berhadapan Caltex Taman Teratai
☎️ 017 - 749 0549
🌐www.outdoorpro.com.my
Waktu Operasi (Bergantung kepada tarikh),
🗓 24/11/2017 (Friday) 3.00 Petang - 8.00 Malam
🗓 25/11/2017 (Saturday) 11.00 Pagi - 8.00 Malam
🗓 26/11/2017 (Sunday) 11.00 Pagi - 8.00 Malam
🗓 27/11/2017 (Monday) 11.00 Pagi - 6.30 Petang
🗓 28/11/2017 (Tuesday) 11.00 Pagi - 6.30 Petang
Instagram [@outdoorproent]






PERMOHONAN SKIM MY DEPOSIT

November 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


 Kerajaan bayarkan 10% deposit untuk rumah pertama anda. Bagaimana caranya?

Kepada yang tak tahu, kerajaan telah perkenalkan sistem MyDeposit. Tujuannya untuk membantu golongan M40 iaitu golongan isi rumah yang berpendapatan RM3,000-RM9,000 dengan membiayai deposit rumah pertama mereka.

Syarat-syarat:

1) Pemohon berumur 21 tahun ke atas
2) Pembelian rumah pertama
3) Hartanah di bawah RM500,000

Kalau anda menepati kesemua syarat ini, anda dah boleh mulakan misi mencari rumah. Tidak kira sama ada rumah ‘undercon’ atau ‘subsale’. Pastikan harganya bawah RM500,000 ya.

Bila dah jumpa rumah idaman:

Isi borang permohonan
- Permohonan akan dibuka pada tahun hadapan. Borang ini penting untuk semakan Jabatan Penilaian Permohonan.

Bila permohonan dah lulus:

Anda akan terima Surat Tawaran Bersyarat Skim MyDeposit
- Surat Tawaran inilah yang akan jadi ‘cagaran’ untuk biaya deposit 10% rumah anda.

Cari, semak dan mohon pinjaman perumahan
- Pinjaman perumahan perlu disemak dan dimohon sebelum tanda tangan Perjanjian Jual Beli (S&P). Kebiasaannya pinjaman perumahan akan turut meliputi kos insuran dan kos guaman bagi pinjaman.

Tanda tangan S&P
- Selepas pemohanan pinjaman perumahan berjaya, anda boleh tandatangan perjanjian S&P. Jika rumah yang dibeli berstatus ‘undercon’ atau sedang dibina, pemaju selalunya akan ‘serap’ kos guaman bagi S&P.

Tanda tangan Surat Tawaran Pinjaman
- Anda akan terima ‘Offer Letter’ dari bank jika pinjaman anda diluluskan.

Bila dah selesai tanda tangan surat tawaran:

Penjual atau Pemaju akan membuat tuntutan deposit 10% tadi kepada kerajaan menggunakan surat Tawaran Bersyarat MyDeposit tadi.
Kerajaan akan membayar deposit tersebut dan akan melakukan pemantauan projek.

Ambil perhatian:

Ada ‘setback’ tentang skim ini dimana anda tidak boleh menjual hartanah tersebut dalam masa 10 tahun
Skim MyDeposit juga tidak terpakai bagi projek-projek perumahan kerajaan seperti PR1MA, PPA1M, RUMAWIP dan PPR.

Walaubagaimanapun, skim ini amat membantu golongan isi rumah untuk memiliki rumah pertama pada ‘zero-entry cost’. Maklumlah, deposit rumah kerajaan bayarkan, kos S&P kebiasaannya pemaju bayarkan. Kos insurans rumah dan guaman juga boleh dimasukkan dalam pinjaman.

Skim MyDeposit 2018 hanya mempunyai kuota sebanyak 2,000 slot sahaja. Maknanya siapa cepat dia dapat.

Tahukan anda permohonan untuk 2017 dah ditutup lama dan akan dibuka semula pada awal tahun 2018.

Kredit: Hartabumi

CARA AMALAN ZIKIR MELAHIRKAN

November 20, 2017 1 Comments
ASSALAMUALAIKUM...


CARA AMALAN ZIKIR MELAHIRKAN
Buat para suami...
Ingatkan isteri anda tentang amalan ini selain :
 Bacakan Quran, biar isteri dengar. 
 Imamkan solat jemaah bersama. 
 Bacakan kisah2 nabi & sentuh perut isteri. 
 Bawa isteri jalan2 & hirup udara segar. 
 Peluk, cium, urut dan manjakannya.