ASSALAMUALAIKUM...

SOUTHERN BABYWEARING FESTIVAL (SBF)
SOUTHERN BABYWEARING FESTIVAL 2017 - Bersempena dengan International Babywearing Week 2017, Selat Tebrau Babywearers akan menganjurkan babywearing awareness event melalui Southern Babywearing Festival 2017.  Tahun ini SBF 2017 akan diadakan di Mydin Pelangi Indah Mall, Johor. 


Bertempat di hadapan pentas Mydin Pelangi Indah ,  7 October 2017, majlis bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang SBF 2017 ini. Antaranya :

1) Kids Colouring Contest



Terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun.
Penyertaa adalah percuma tetapi peralatan mewarna wajib dibawa.
Penganjur tidak menyediakan peralatan mewarna.
Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori.
Kategori A : 4-6 tahun
Kategori B : 7-9 tahun
Kategori C : 10- 12 tahun

Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti mewarna dan menyempurnakan warnaan pada masa ditetapkan.
Seramai 10 orang pemenang bagi setiap kategori.

Pendaftaran pertandingan bermula jam 9.30 pagi.
Pertandingan bermula jam 10 pagi.

2) Bukan Sekadar Gendong Forum


Forum mengenai kesedaran mengendong bayi. Antara ahli panel forum adalah En. Nizamuddin Md Akhsan, Puan Chua Li Fang dan juga Dr Nornazira Suhairon.

3) Babywearer Comel



Terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 4 hingga 9 tahun.
Penyertaan adalah percuma tetapi carrier/alat penggendong perlu disediakan oleh ibu bapa.
Penganjur tidak menyediakan carrier/alat penggendong.

Pemenang akan dipilih berdasarkan keyakinan dan pandai menggayakan carrier/alat penggendong 
Seramai 10 orang pemenang bagi setiap kategori.

Pendaftaran pertandingan bermula jam 4.30 petang
Pertandingan bermula jam 5.00 petang.

4) Trivia Hunt


Terbuka kepada semua ibu atau bapa.
Penyertaan adalah percuma.
Penyertaan terbuka kepada 20 orang pertama yang mendaftar.

Peserta perlu menjawap soalan berpandukan soalan yang akan diberikan oleh penganjur.
Seramai 10 orang peserta pertama yang berjaya menjawap soalan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Pendaftaran pertandingan bermula jam 1.30 tengah hari.
Pertandingan bermula jam 2.00 petang.

5) Lucky Draw


Sepanjang event Southern Babywearing Festival 2017 ini juga, terdapat jualan dari pelbagai jenis booth.
Belian terkumpul sebanyak RM50.00, anda layak memenangi cabutan bertuah.
Hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Jom kita datang beramai-ramai ke Southern Babywearing Festival 2017 ni..

Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook rasmi Selat Tebrau Babywearer :